Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

KPDNKK Giat Perkasakan Industri...

Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia mula mengorak langkah menceburi industri francais yang...

‘Proksi’ Filem Jenayah Siber...

UNIK... Bosan tema cinta atau komedi, apa kata saksikan filem aksi berkisarkan isu...

Tiga Disahkan Maut, Pesawat...

JAKARTA - Dua orang awam adalah antara tiga orang yang disahkan maut dalam...

MINDEF Batalkan Kontrak Sewaan...

SHAH ALAM : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sudah menyerahkan notis pembatalan kontrak sewaan empat...

Lelaki Nyaris Rentung, Kereta Terbakar Selepas Kemalangan

BUKIT MERTAJAM – Seorang pemandu nyaris rentung selepas keretanya hilang kawalan sebelum terbabas melanggar tembok dan terbakar di Jalan Kulim – Bukit Mertajam, di Machang Bubuk, di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata mangsa seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bersendirian ketika memandu kereta jenis Perodua Myvy sebelum terbabas dan tersepit di tempat duduk pemandu.

Katanya bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.06 malam dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.

“Semasa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam tiba di lokasi, mangsa yang tersepit itu telah berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di situ.

“Kemalangan itu menyebabkan bahagian enjin, tempat penumpang hadapan dan tempat pemandu kereta berkenaan terbakar dan bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut,” katanya di sini hari ini.


Jurucakap itu berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain pada pukul 11.20 malam dan api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira sembilan minit kemudian.

Katanya mangsa telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori