Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Rasulullah Bijak Buat Keputusan...

KUALA LUMPUR - "Rasulullah S.A.W sangat bijak ketika membuat keputusan sama ada ketika...

‘Nama Saya Ialah Slamet...

MALANG (Indonesia) - Setiap kali tibanya sambutan Hari Krismas, seorang lelaki yang tinggal...

Kedah Alami Cuaca Panas...

ALOR SETAR: Penduduk Kedah dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan aktiviti luar berikutan cuaca...

Pelajar Tingkatan Tiga Pula...

SEREMBAN - Pelajar tingkatan tiga sekolah berasrama penuh, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR),...

Lelaki 60 Tahun Dapat Kebenaran Isteri Untuk Kahwin Kekasih

SEORANG lelaki berusia 60 tahun yang juga bekas samseng, mengambil keputusan berpoligami selepas mendapat keizinan isterinya, Belinda Miller, 44, untuk mengahwini perempuan simpanannya yang berusia 19 tahun.

Susulan itu Thom Miller kini dalam proses membina rumah yang lebih besar di Ohio untuk kedua-dua isterinya, iaitu Belinda dan Reba Kerfootruba tinggal bersama.

Reba kini sedang mengandungkan anaknya.

Thom yang telah insaf dan kembali ke pangkuan masyarakat selepas menjalani hukuman penjara, sebelumnya telah bercakap mengenai poligami kepada Belinda selama tujuh tahun sebelum Reba diizinkan menyertai keluarga mereka.

Kini, Belinda turut bercadang memelihara anak yang dikandung Reba bersama-sama suami dan madunya itu.

Pasangan itu mengenali Reba ketika remaja itu membantu secara sukarela dalam projek `soup kitchen’ sebelum berpindah ke rumah mereka tidak lama kemudian.

Thom juga merupakan kawan kepada keluarga Reba dan mengenalinya sejak kecil lagi.


“Saya kenal Reba sudah lama dan kemudiannya dia berpindah. Saya menyedari sesuatu apabila dia memeluk saya dan saya pula mahu terus memeluknya. Dari situ saya sedar saya menghargai wanita ini,’’ katanya.

Thom dan Reba berkahwin di gereja sama di mana dia dan Belinda berkahwin tujuh tahun lalu.

Meskipun tidak mendapat sokongan daripada penduduk di Mansfield, Ohio tetapi Thom, Belinda dan Reba tidak menyembunyikan pilihan yang mereka buat untuk berpoligami.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan homoseksual tetapi saya rasa adalah salah apabila perkahwinan mereka diiktiraf tetapi perkahwinan kedua saya tidak,’’ kata Thom. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori