Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

KP Jakim Dilantik Ahli...

NILAI – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha...

PAS Ingatkan Parti Lain...

PAS terus memperlihat kegarangannya di dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila hari ini meminta...

Bekas CEO Antara 3...

MELAKA - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)...

RUU Hudud: PAS Sudah...

KUALA LUMPUR - PAS sudah bersedia untuk membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai...

Lepas Bergelar Ibu, Erin Belum Sedia Aktif Berlakon

DI kala rakan seusianya masih lagi berseronok dengan kehidupan bujang, Erin Malek ternyata lebih selesa dengan gelaran isteri dan ibu muda yang dipegangnya.

Bergelar ibu pada usia semuda 21 tahun, Erin atau nama sebenar Nur Arina Malek berkata dia gembira dengan statusnya itu.

Atas faktor mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap anaknya itu, Erin berkata buat masa kini, dia masih belum lagi mahu kembali bergiat aktif berlakon seperti sebelum ini.

“Saya mahu berada di sisi Faliq dan melihat dia membesar. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa seronoknya menjadi ibu.

“Tak boleh bayangkan bagaimana agaknya jika saya tidak dapat pantau Faliq. Dia pun gelisah apabila tak mendengar suara saya,” katanya memetik Harian Metro.


Erin mendirikan rumah tangga dengan Farriz Fauzy, 31, pada tanggal 10 Oktober tahun lalu dan dikurniakan anak lelaki, Mohd. Faliq yang lahir 1 Oktober lalu. – MYNEWSHUB.CC

erin

erin1

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori