Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Cedera Dikelar...

SUNGAI PETANI - Seorang wanita warga emas berusia 63 tahun cedera dikelar pada...

Lepas Empat Bulan Hisap...

UMUM mengetahui rokok elektronik atau vape merupakan alternatif kepada gantian rokok, apatah lagi ramai...

Komen Balas Kenyataan TS...

SAYA sengaja mengambil sedikit masa sebelum membuat kenyataan kerana mahu melihat kenyataan Tan...

Sabah Setuju Jawatan Ketua...

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan...

Lewis Hamilton Jelaskan Dakwaan Kuat Berparti

BINTANG sensasi Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menjelaskan dakwaan media Barat yang mengatakan dia kuat berparti dan menjalani kehidupan liar.

Menurut Hamilton, beliau sudah biasa berhadapan dengan pelbagai kritikan selama berkecimpung dalam bidang permotoran sejak sembilan tahun lalu.

“Saya dah buktikan dengan tiga gelaran dunia. Masa saya menang gelaran pertama, saya tidak menikmati kejayaan itu sepenuhnya.

“Pada ketika itu saya masih terlalu muda untuk memikirkan mengenainya dan sekarang saya mahu menikmati kejayaan yang dikecapi selepas melalui musim yang mendebarkan,” katanya ketika ditemui dalam sidang media ‘Petronas Winning Formula Experience’ di Menara Berkembar KLCC, petang tadi.

Pada sidang media itu juga, Hamilton mengatakan tahun ini memberikan kejayaan yang bermakna dalam kariernya kerana berjaya mempertahankan gelaran juara dunia dua tahun berturut-turut (2014 dan 2015) bersama pasukan Mercedes AMG Petronas.

“Kejuaraan tahun ini sangat bermakna buat saya dan saya akan cuba memberikan persembahan terbaik untuk tahun hadapan,” kata pelumba kelahiran Britain ini.

Screen Shot 2015-12-01 at 7.55.12 PM
Ketua Pasukan Mercedes AMG Petronas Formula Satu (F1), Toto Wolff.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pasukan Mercedes AMG Petronas, Toto Wolff dan pemangku Ketua Kumpulan Komunikasi Strategik Petronas, Rizan Ismail.

Toto berkata kerjasama di antara Mercedes dan Petronas berjaya menghasilkan kejayaan berturut-turut buat pasukannya dan ianya sangat penting buat mereka untuk membawa kejuaraan Formula Satu (F1) kepada peminat setia di negara ini.


“Kerjasama erat yang kami jalinkan dengan Petronas, dengan kepakaran jurutera selain teknologi minyak Petronas merupakan antara tulang belakang kejayaan pasukan kami,” katanya.

Screen Shot 2015-12-01 at 7.46.01 PM

Hamilton berada sehari di ibu kota sebagai tanda penghargaan kepada Petronas selain sesi bertemu peminat tempatan.

Pemandu berusia 30 tahun itu ditabalkan juara dunia Formula Satu (F1) tahun ini selepas mengumpul 381 mata sepanjang 19 perlumbaan musim ini berbanding rakan sepasukan, Nico Rosberg yang mengumpul 322 mata. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR
Foto/Video:  RIZA RAZAK 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori