Lionel Richie telah bergurau bahawa dia telah menghubungi peguamnya selepas album penyanyi Adele berjudul Hello diterbitkan.
Pemuzik berusia 66 tahun itu yang pernah popular dengan tajuk lagu yang sama iaitu `Hello‘ pada 1984, ingin mengetahui sama ada dia memiliki hak ke atas tajuk lagu terbabit.
“Awak tidak boleh menggunakan perkataan itu tanpa pengetahuan saya dan terima kasih. Saya sedang meneliti dari aspek perundangan sama ada saya ada hak ke atas perkataan itu,” katanya.
Jawapannya? Tentu Tidak. Lionel tiada hak ke atas perkataan itu.
“Dia (Adele) kini sibuk kerana sedang mempromosikan lagu saya…. maaf, lagunya Hello tetapi saya tidak memiliki `Hello‘,” kata Lionel ketika ditemu bual dalam program Lorraine Show.
Lionel turut menyatakan dia bercadang untuk berduet dengan Adele yang disifatkan sebagai pasangan terbaik boleh diperolehinya.