PELAKON Nabila Huda yang bakal diijabkabulkan dengan seorang pengurus restoran telah diraikan dalam satu majlis berinai malam semalam.
Majlis yang bertemakan Aloha Hawaii itu dimeriahkan dengan kehadiran ramai artis terkenal seperti Eirma Fatima, Datin Paduka Umie Aida, Sharifah Sakinah, Kilafairy dan ramai lagi.
Bunga-bungaan pelbagai warna yang mewarnai latar belakang majlis, sememangnya kena dengan tema Hawaii yang dipilih oleh aktres berbakat besar itu.
Difahamkan majlis pernikahan Nabila akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 9 pagi esok.
Nabila, 31, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli kumpulan Tiga Swagger, Zaidy Zailani pada 2008 namun berpisah tiga tahun kemudiannya.
Hasil perkahwinan, Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil mempunyai anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun. – MYNEWSHUB.CC