Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Petugas Barisan Hadapan Lencun...

PANASNYA tidak ubah seperti dalam sauna sehingga ada antara petugas barisan hadapan yang...

PasMa Umum Sokong Pakatan...

KEPALA BATAS - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hari ini mengumumkan pendirian akan...

Harimau Malaya Baham Kemboja

PETALING JAYA: Biarpun berdepan pelbagai ujian sebelum kejohanan bermula, Harimau Malaya menunjukkan semangat...

Tengku Permaisuri Selangor Sertai...

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menyertai...

Malaysia Tak Akan Berdiam Diri Isu Pemerdagangan Manusia

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan berdiam diri ketika jenayah pemerdagangan manusia terus menjejaskan usaha dalam menegakkan hak asasi manusia dan menghormati kedaulatan undang-undang, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata Malaysia sentiasa komited dengan rakan-rakannya dalam usaha memerangi pemerdagangan manusia dan akan terus menyokong inisiatif yang bertujuan untuk membanteras jenayah itu.

“Gesaan segera sekarang ialah bagi kerajaan-kerajaan untuk menyedari dan mengakui mekanisme dan kawalan ke atas pemerdagangan manusia (yang menjadi masalah) global, jika adapun, adalah tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel ASEAN dan Inisiatif Koordinasi Mekong Memerangi Pemerdagangan (COMMIT): Mengenal Pasti Mangsa Pemerdagangan Manusia dan Jenis-jenis Eksploitasi Berkaitan, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata setiap negara yang menghadapi isu pemerdagangan manusia harus mengakui bahawa identifikasi dan pengecaman mangsa pemerdagangan bukannya mudah.

“Kita perlu berfikir dengan teliti tentang apa yang salah. Mengapa hanya segelintir orang dikenal pasti sedangkan kita tahu berjuta-juta orang diperhambakan di semua rantau di dunia?,” katanya.


Beliau berkata adalah penting dapat mengenal pasti mangsa pemerdagangan serta mempunyai respons dan mekanisme penilaian berbeza yang berguna dalam pelbagai situasi dihadapi bagi memerangi pemerdagangan manusia.

Nur Jazlan, bagaimanapun berkata Malaysia berbangga dapat ‘berdiri sama tinggi’ dengan negara yang mengiktiraf keperluan membanteras kegiatan itu, dan bergerak ke hadapan dalam membina rangka kerja perundangan dan penguatkuasaan berkesan bagi menghentikan penularan masalah itu di seluruh dunia.

“Justeru, Malaysia berbangga menjadi rakan aktif dalam usaha mengkaji kaedah lebih efektif untuk meningkatkan protokol penguatkuasaan dalam identifikasi dan pengecaman mangsa-mangsa pemerdagangan,” katanya.

Bengkel dua hari itu yang bermula hari ini, disertai kira-kira 75 peserta dari pelbagai badan kerajaan dan agensi penguatkuasa dari negara-negara anggota ASEAN. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]tGOC8l6UdXw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori