Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mantan ADUN Lahad Datu...

LAHAD DATU - Mantan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd...

Gaji PM Singapura Tertinggi...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tersenarai sebagai pemimpin negara yang...

Mesin Simulator Bernilai RM950,000...

GEORGETOWN - Polis merampas 190 mesin permainan simulator berunsur perjudian bernilai RM950,000 dalam...

Satu Negeri Satu Insinerator...

SHAH ALAM – Kerajaan menyasarkan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu insinerator atau loji...

Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Kepada 134 Orang

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 134 orang daripada 34 keluarga setakat 8 malam Sabtu berbanding 67 orang daripada 19 keluarga pada sebelah petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Madis berkata jumlah mangsa banjir terbaharu ialah sebanyak 82 orang daripada 18 keluarga terdiri daripada penduduk dari Kampung Parit 6 dan Layang-Layang Kiri ditempatkan di Surau Nurul Jannah, Parit 6, Layang-Layang Kiri.

“Manakala 50 orang daripada 14 keluarga dari Kampung Serapoh dan Blanja masih kekal ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Nurul Hikmah.

“Sementara dua orang daripada dua keluarga dari Kampung Talang ditempatkan di Surau Kampung Talang,” katanya ketika dihubungi Sabtu.


Paras air di kawasan terbabit masih tidak berubah, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori