SHAH ALAM – Jumlah mangsa banjir di Selangor kekal 15 orang melibatkan empat keluarga setakat jam 6 petang ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata semua mangsa banjir itu masih ditempatkan di pusat pemindahan Surau Kuning Blok B, Sawah Sempadan, Tanjong Karang.
“Mangsa terdiri daripada empat lelaki dewasa, seorang warga emas lelaki, tiga perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Kawasan kediaman mangsa terbabit masih dinaiki air setinggi 0.1 hingga 0.3 meter. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]PHSxn7wFp2U[/wpdevart_youtube]