Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Contoh Terbaik Konsep...

JITRA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan contoh terbaik pemimpin...

PM Singapura Ucap Takziah...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching,...

Dua Beranak Direman Kes...

SIBU - Mahkamah Majistret di sini, memerintahkan dua beranak berusia 53 dan 25...

Exco PAS Tak Perlu...

KUALA LUMPUR – Tindakan PAS yang dilihat cuba untuk mengheret institusi raja dalam...

Mangsa Banjir Di Selangor, Melaka Berkurangan, Perak Tidak Berubah

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Selangor dan Melaka semakin baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di negeri masing-masing berkurangan, setakat 10.30 pagi ini.

Di Selangor, mangsa yang berada di tujuh pusat pemindahan menurun kepada 462 orang daripada 124 keluarga, berbanding 621 mangsa daripada 157 keluarga, setakat pukul 9 malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohd Sani Harul, pusat pemindahan di Dewan Merak, Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 129 orang daripada 30 keluarga.

Mangsa lain ditempatkan Balai Raya Kampung Parit Mahang, Kuala Selangor (115 orang), Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Kapar (62 orang) dan Dewan Orang Ramai Genting Sanyen, Sepang (49 orang), surau Ladang Tuan Mee, Kuala Selangor (32 orang), Sekolah Rendah Pasangan, Kampung Asahan, Kuala Selangor (51 orang) dan Balai Raya Bukit Kuching, Kuala Selangor (24 orang), katanya.

Di Melaka, sejumlah 118 mangsa banjir daripada 27 keluarga masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Beliming Dalam, Alor Gajah iaitu berkurangan berbanding 121 mangsa daripada 28 keluarga setakat 8 malam tadi.


Di Perak, jumlah mangsa banjir kekal seramai 38 orang daripada sembilan keluarga.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Kolonel (PA) Mohd Noor Hassan Ashari berkata kesemua mangsa yang berasal dari Kampung Padang Serai, Batu Hampar, Beruas itu ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Radhuaniah.

“Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki dan 10 kanak-kanak perempuan,” katanya ketika dihubungi Khamis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori