Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Kereta Bertembung...

MIRI - Seorang lelaki maut dalam kemalangan setelah kenderaan yang dipandunya bertembung dengan...

Imigresen Lanjut Operasi Pintu...

KUALA LUMPUR - Waktu operasi Jabatan Imigresen di semua pintu masuk sempadan Sarawak...

JPNT Rekod 12 Kes...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) merekodkan 12 kes buli dalam...

Agong Boleh Panggil Sidang...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai...

Mangsa Nahas Bas Pernah Beberapa Kali Ke Chiang Mai

BATU PAHAT – Seorang wanita yang maut dalam nahas bas di Chiang Mai, Thailand, dua hari lepas, Ong Chai Hong, 58, pernah beberapa kali ke wilayah itu dan kerap melancong ke luar negara.

Menurut anak lelaki mangsa, Goh Chia Ho, 30, ibunya yang merupakan seorang suri rumah, juga kerap membelikan cendera hati untuknya setiap kali pulang dari melancong.

“Sepatutnya saya menyambut kepulangan ibu dengan kegembiraan kerana selalunya ibu akan membelikan cendera hati untuk saya.

“Tetapi, apabila mengenangkan kejadian itu (nahas bas), saya sudah menerima kenyataan walaupun sudah tentunya saya berasa amat sedih dengan kehilangannya,” katanya.

Goh yang merupakan seorang mekanik ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong di rumahnya di Kampung Parit Haji Sidek, di sini.

Selain ibunya, ibu saudaranya Ong Chui Hoe, 53, turut terkorban manakala bapanya Goh Bak Chai, 64, dan bapa saudaranya, Teo Tien Chor, 59, cedera.

Menurut anak bongsu daripada empat adik beradik lelaki itu, ibunya sempat menghubunginya menerusi panggilan telefon sejurus selamat tiba di Chiang Mai dan sempat berpesan supaya dia mengawasi rumah sepanjang ibu bapanya berada di Thailand.

“Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu untuk menghubungi saya apabila dia tiba di sesuatu tempat yang dikunjunginya. Saya tidak sangka itulah kali terakhir saya berbual bersamanya,” katanya.


Goh berkata dia sendiri menghantar kedua-dua ibu bapanya ke agensi pelancongan di Jalan Rahmat, di sini, untuk menyertai rombongan ke Thailand, Khamis lepas.

Ahad lepas, dia menerima berita nahas itu kira-kira 4 petang menerusi agensi pelancongan terbabit.

Pada hari berkenaan, seramai 13 daripada 22 warganegara Malaysia, kesemuanya dari Batu Pahat, disahkan terkorban dalam nahas bas pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).

Bas itu dilaporkan terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap, ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke wilayah Chiang Mai. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]llRZ5vzpTM0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori