Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PH Kedah Perlu Bergerak...

ALOR SETAR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta keempat-empat parti komponen...

Tudung Bawal Pocong Habis...

MULANYA sekadar mahu menggayakan fesyen tudung bawal, namun siapa sangka pendatang baharu dalam...

‘Bayi Baru Lahir, Dibuang...

KUALA LUMPUR : Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan, ditemui ditinggalkan di tempat...

Amaran Ribut Petir Sehingga...

KUALA LUMPUR - Ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak di Rejang,...

Maulidur Rasul Disambut Dengan Semangat Kesatuan

KUALA LUMPUR – Sambutan Maulidur Rasul kali kedua tahun ini disambut dengan semangat kesatuan dalam kalangan umat Islam selaras dengan tema tahun ini ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’.

Sambutan peringkat nasional yang pertama kali diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang dekat sini turut dipenuhi acara bagi memperingati jasa dan perjuangan Rasulullah SAW.

Acara bermula dengan perarakan berserta selawat pada 8.15 pagi ini yang disertai 125 kontinjen pelbagai agensi kerajaan dan swasta, badan beruniform, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan serta pelajar dari institusi pengajian tinggi dan sekolah.

Seramai 11,000 umat Islam termasuk barisan kenamaan mengambil bahagian dalam perarakan sejauh 1.8 km bermula dari pintu masuk hadapan Maeps sehingga ke Dewan A taman itu, dan diikuti dengan bacaan ayat suci al-Quran dan ceramah khas.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis itu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan serta perwakilan luar negara.

Tuanku Abdul Halim dalam ucapannya pada majlis itu antara lain menekankan akan pentingnya aspek perpaduan yang sedia wujud di negara ini dipertahankan, kerana persefahaman dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat adalah tunjang kepada kemakmuran negara.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dipilih sebagai Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2015.

Di MELAKA, seramai 7,207 umat Islam mengambil bahagian dalam perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat negeri yang bermula dari Stadium Hang Tuah ke Dataran Pusat Islam, Masjid Al-Azim di sini.

Walaupun hujan, ia tidak menghalang Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, isteri Datin Seri Fadilah Abdullah bersama umat Islam berarak sejauh kira-kira lima kilometer sambil berselawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perarakan itu disertai 119 kontinjen agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan dan persatuan, institusi pengajian tinggi dan sekolah.

Di Kota Baharu, Lebih 2,000 golongan belia Kelantan menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Majlis Belia Kelantan (MBK) dengan kerjasama Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Belia lelaki yang berpakaian putih dan wanitanya berpakaian hitam berhimpun sejak 7.30 pagi, turut mendengar khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW yang disampaikan Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan Mohd Syahbuddin Hashim.


Malam tadi, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, diiringi Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra berangkat menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Ismaili, Pasir Pekan.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Baginda turut berkenan mendengar ceramah khas yang disampaikan Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya, Dr Faisal@Ahmad Faisal Abdul Hamid, dan majlis itu turut diserikan dengan acara berzanji dan berselawat yang dihadiri lebih 2,000 penduduk kawasan itu.

Di IPOH, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul 1437 peringkat negeri Perak di Pusat Konvensyen Amanjaya di Meru.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama pada majlis yang disertai kira-kira 5,000 orang adalah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta isteri Datin Seri Saripah Zulkifli dan anggota exco kerajaan negeri.

Baginda turut berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Keluarga Mithali kepada Arip Sa’aya yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Sektor Pendidikan di Sarawak dan anugerah Pendakwah kepada Wan Masindra Juja yang merupakan pendakwah daripada masyarakat Orang Asli.

Di Sibu, Pemangku Yang di-Pertua Negeri Tan Sri Bujang Mohd Nor bersama kira-kira 6,694 masyarakat berbilang kaum dan agama daripada 103 kontinjen memeriahkan sambutan Perarakan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Dataran Sibu hari ini.

Turut menyertai perarakan ialah tiga kontinjen bukan Islam termasuk satu kontinjen Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Semalam sambutan peringkat negeri bermula dengan solat Maghrib berjemaah, majlis bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid An-Nur, Sibu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]n1DHzw_eDvk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori