Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

As’ad Motawh Bakal Jadi...

SEKITAR hujung tahun lalu, penyanyi muda, As’ad Motawh menerima kecaman hebat daripada netizen...

Najib Jawab Fitnah Maszlee...

KERAJAAN Pakatan Harapan meneruskan budaya fitnah dan tuduhan liar yang menjadi senjata utamanya...

Kenyataan Majlis Presiden PH:...

GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hadir ke Ibu Pejabat Polis...

Suspek Sebabkan Kematian Pelajar...

KOTA BAHRU - Seorang pelajar berusia 17 tahun yang didakwa memukul seorang pelajar...

Mayat Tanpa Kepala Di Jolo Milik Bernard Then – Khalid

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Filipina mengesahkan mayat tanpa kepala yang dijumpai di Kepulauan Jolo di selatan negara itu adalah milik mangsa culik rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen susulan ujian DNA.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya dimaklumkan secara lisan mengenai perkara itu baru-baru ini dan masih menunggu laporan bertulis daripada pihak berkuasa Filipina.

“Hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat tanpa kepala yang dijumpai di Jolo itu menunjukkan positif dan padan dengan kepala yang dijumpai pada 19 Dis lalu.

“Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada ahli keluarganya dan kami bersedia membantu membawa pulang jasad Then,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada majlis serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), di sini Khamis.

Pada 15 Dis lalu, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pasukan keselamatan Filipina telah menjumpai satu mayat tanpa kepala yang disyaki Then.

Khalid berkata buat masa ini keluarga mangsa tidak mahu membawa pulang jasad Then kerana mereka mahu ke Filipina untuk menyempurnakan jasadnya di sana kemudian membawa pulang abunya ke Malaysia untuk disemadikan.


Beliau berkata beliau menghormati permintaan keluarga mangsa dan pihaknya akan membantu menguruskan jasad berkenaan.

Then yang berasal dari Sarawak diculik sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei lepas bersama-sama pengurus restoran itu Thein Nyuk Fun, 50.

Thein kemudian dibebaskan pada 8 Nov.

Namun Then, 39, dipenggal kepalanya di lokasi terpencil di Kepulauan Jolo pada 11 Nov lepas. Kepalanya dikatakan ditemui kira-kira seminggu kemudian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori