Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Suspek Wanita Bunuh...

PLOT kisah pembunuhan Kim Jong-nam semakin menarik seumpama filem perisikan sehingga mengejutkan dunia...

MH370: Pegawai Bank &...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini memberi tempoh sebulan kepada seorang pegawai...

Polis Masih Siasat Tan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan berkaitan tiga individu...

14 Suspek Kes Pornografi...

RIO DE JANEIRO - Polis Persekutuan Brazil pada Khamis berkata mereka telah memberkas...

Mayat Tertiarap Dalam Parit

SABAK BERNAM – “Saya baru terima menantu malam Rabu, tapi tak sangka anak sulung saya pula meninggal dunia sehari selepas itu,” kata bapa mangsa, Razali Ahmad, 67, selepas anaknya, Mohd Haslam Razali, 31, ditemui mati lemas, pagi semalam.

Mohd Haslam yang menunggang motosikal dipercayai terbabas ke dalam parit di Jalan Haji Anwar, Kampung Batu 39 sehari sebelum kejadian ditemui orang awam kira-kira jam 8 pagi, semalam dalam keadaan mayatnya tertiarap di parit berkenaan.

Razali berkata, sebaik menghantar rombongan pernikahan anak keduanya di Kuala Kerai, Kelantan, dia dan isteri pulang bagaimanapun mendapati anak sulungnya, Mohd Haslam Razali, 31, tiada di rumah.

“Saya sampai sini pun lebih kurang jam 11 malam. Saya pun hairan sebab tengok rumah gelap masa tu. Saya tunggu (Mohd Haslam) tapi dia tak balik ke rumah. Hati saya mula risau sebab dia jarang keluar malam.

“Arwah ada penyakit sawan, saya takut kalau apa-apa berlaku. Sebelum pergi Kelantan saya dah pesan banyak kali supaya dia tak ke mana-mana, duduk di rumah. Tapi mungkin dah ajalnya,” katanya.

Menurut Razali, anak sulung daripada tujuh beradik itu sering diserang sawan hingga mengakibatkannya sesekali hilang ingatan selepas terbabit dalam kemalangan motosikal, kira-kira lima tahun lalu.

“Semalam (kelmarin) dia tak kerja sebab cuti (Maulidur Rasul). Saya rasa mungkin dia keluar minum, tapi tiba-tiba diserang sawan menyebabkannya tak dapat kawal motosikal hingga masuk ke dalam parit hingga lemas,” katanya.

Ibu mangsa, Norhotifah Masdar, 53, berkata, kali terakhir dia menghubungi anaknya itu pada petang sebelum kejadian ketika dia masih di Kelantan.

“Saya pesan supaya dia jaga diri baik-baik dan ajak pakcik teman (bapa saudara mangsa) di rumah. Suaranya masa bercakap dalam telefon pun lain macam seperti tak nak cakap lama dengan saya.


“Tak sangka itulah perbualan terakhir saya bersama arwah,” katanya.

Saksi kejadian, Muhammad Hafiz Ahmad, 28, berkata, dia yang menunggang motosikal bersendirian baru keluar dari rumahnya di Batu 2 Tebuk Pulai ingin ke kedai makan di Batu 39 ternampak sebuah motosikal di dalam parit berkenaan.

“Saya berhenti di situ dan terkejut apabila nampak mayat tertiarap berhampiran motosikal terbabit. Saya kemudiannya hubungi rakan dan Rela untuk maklumkan kejadian ini,” katanya.

Rakan sekerja mangsa, Misran Wahidon, 44, berkata, Mohd Haslam bekerja sebagai pembantu awam di Unit Vektor Pejabat Kesihatan Sabak Bernam sejak empat tahun lalu.

“Kali terakhir jumpa arwah di pejabat Selasa lalu. Arwah ajak saya keluar minum, tapi saya tak boleh pergi sebab ada urusan lain, jadi tak sempat nak duduk bersembang dengannya.

“Saya tahu dia ada sakit sawan. Kalau penyakit tu datang, saya biasa tenangkannya dengan membaca ayat al-Quran. Tapi tak sangka, dia diserang sawan ketika menunggang motosikal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan kejadian itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori