Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jijik….Sanggup Telan Kepala Tikus...

MENJIJIKKAN namun lelaki ini, Matthew Maloney, 25, menyifatkan tindakannya menggigit kepala seekor tikus yang...

Pupuk Pelajar Pintar –...

BANGI - Pelajar pintar perlu dikenal pasti, digilap dan dipupuk untuk menjadi individu...

Mohamed Apandi Ali Masih...

PUTRAJAYA — Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali masih bertugas seperti biasa...

Badan Pemandu Kontena Putus...

SHAH ALAM - Seorang pemandu kontena maut dengan badannya terputus dua apabila lorinya...

Melaka Benarkan Penjualan Vape Dan Cecairnya

MELAKA – Penjualan peralatan vape dan cecairnya di Melaka tidak menyalahi undang-undang negeri tersebut dan lesen operasinya akan dikeluarkan kepada usahawan yang menceburi industri berkenaan.

Kerajaan Melaka malah sedia mengeluarkan lesen kepada peniaga vape sehingga Kerajaan Persekutuan memutuskan undang-undang baharu untuk pengawalan vape atau mengharamkan produk tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Datuk Ismail Othman berkata keputusan tidak haram vape dan e-rokok dibuat selepas satu kajian menunjukkan jualan produk itu tidak meluas di negeri berkenaan.

“Terdapat hanya sejumlah kecil usahawan muda menceburi bidang perniagaan itu dan kita tidak mahu melemahkan semangat mereka dengan mengenakan pelbagai larangan.

“Kami akan terus memberi mereka peluang untuk menjana pendapatan tetapi mereka perlu mematuhi sebarang undang-undang baharu, termasuk larangan, jika diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya pada Sabtu.

vape wanita

Ismail berkata, ramai usahawan muda didapati telah membuat pelaburan besar terhadap produk tersebut sehingga membuka kedai yang serba canggih.


“Oleh itu, kita tidak keberatan menghulurkan tangan bagi membantu sehingga undang-undang mengenai produk tersebut berubah,” katanya.

Kementerian Kesihatan pada 9 November lalu berkata walaupun tiada larangan terhadap produk vape namun, penjualan cecair mengandungi nikotin hanya boleh dibekalkan oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar selain perlu direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah yang membuat pengumuman tersebut, berkata jualan nikotin adalah jelas dilarang mengikut Akta Racun 1952.

Ismail turut mengesahkan bahawa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengeluarkan sebanyak 20 lesen beberapa hari lalu, sambil menambah, mereka yang berminat untuk memohon lesen masih boleh berbuat demikian.

“Tetapi lesen adalah untuk operasi kedai-kedai dan pihaknya tidak akan bertanggungjawab bagi kandungan nikotin dalam cecair vape,” katanya. – mStar

[wpdevart_youtube]Uk9NwJEUZlU[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • vape

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori