Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

67 Penagih Dadah Ditahan...

JITRA - Seramai 67 orang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah selepas didapati...

Melaka Sedia Topeng Muka...

MELAKA - Jabatan Pendidikan Melaka menyediakan topeng muka di seluruh sekolah di negeri...

Tragedi Zara : Ibu...

KUALA LUMPUR - Pengasuh kepada Nur Muazara Ulfa Muhammad Zainal memberi alasan tidak...

Hayati Sejarah Jururawat Terulung...

PUTRAJAYA - Sejarah dan ketokohan jururawat dunia Islam wajar dihayati serta diketahui, sebagaiamana...

Melaka Naikkan Kadar Tarif Air Pengguna Bukan Domestik

KUALA LUMPUR – Kadar tarif air bagi pengguna bukan domestik di Melaka dinaikkan kepada RM2 hingga RM2.15 berkuatkuasa 1 Januari 2016.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim berkata, tarif air bagi pengguna domestik di negeri itu bagaimanapun kekal antara 60 sen hingga RM1.45.

“Bagi pengguna domestik, struktur tarif kekal pada kadar semasa iaitu 60 sen bagi penggunaan 0-20 m3, 95 sen bagi melebihi 21-35 m3 dan RM1.45 bagi penggunaan melebihi 35 m3.

“Bagi pengguna bukan domestik, kadar tarif air yang baru bagi penggunaan 0-50 m3 adalah RM2, RM2.05 bagi penggunaan melebihi 51-100 m3 dan RM2.15 bagi penggunaan melebihi 100 m3,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail berkata, sebanyak 84 peratus pengguna bukan domestik melibatkan sebanyak 26,749 akaun) menggunakan air tidak melebihi 50 m3 sebulan di Melaka.

Manakala, katanya, sebanyak 7.9 peratus pengguna (2,528 akaun) menggunakan air antara 51 m³ hingga 100 m³ dan 8.5 peratus pengguna (2,720) bagi penggunaan melebihi 100 m³.


“Kategori perkapalan dan pemprosesan semula air akan dikenakan kadar baru sebanyak RM7 bagi satu meter padu melibatkan 422 akaun pengguna.

“Kali terakhir tarif air di Melaka disemak dan diselaraskan adalah pada 1 April 2011,” katanya.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas SPAN menerima dan membuat semakan ke atas cadangan pelarasan tarif air daripada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pengguna bukan domestik. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori