JEPUN – Sekurang-kurangnya 11 kapal yang membawa lebih 20 mayat yang telah reput ditemui di Laut Jepun berhampiran pantai pada bulan Oktober dan akhir November.
Terbaharu, The Straits Time melaporkan bahawa dua mayat tanpa kepala ditemui dalam satu kabin bot dan satu kabin lagi membawa enam tengkorak serta berpuluh-puluh lagi mayat.
Menurut pengawal pantai Jepun, mayat itu telah disimpan untuk beberapa ketika kerana ia dalam keadaan reput.
Fenomena luar biasa itu telah mencetuskan beberapa mitos dan kisah, terutamanya kerana bot itu kelihatan tua dan bukan kapal zaman kini.
Bagaimanapun, ada yang percaya bot-bot tersebut sebenarnya membawa Tentera Pelarian Korea Utara yang cuba melarikan diri dari pemerintahan Kim Jong-un.
– MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=uK20vu16Mq8]