Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Istana Arab Saudi Sah...

ALKISAH sebelum ini sudah ada 'cakap-cakap' dari mereka yang rapat dengan 'koridor kuasa'...

Barakah Ramadan, Pengumuman Najib...

HARI ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan khabar senang kepada...

SKMM Kesan Scam E-mel...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab...

Wang Haram RM13.3 Juta:...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah urusan syarikat minyak dan gas hari ini...

MPIC Utamakan Saluran Media Sosial 2016

KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi (MPIC), Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengarahkan kementerian itu memperkasakan penggunaan media sosial pada tahun depan.

Kata beliau, perkara itu perlu dilaksanakan kerana medium media sosial berkembang dengan cepat dan pesat sekali gus dapat memperkukuhkan imej industri komoditi negara ini.

“Saya menyarankan agar penggunaan media sosial MPIC, agensi dan majlis perlu dilaksanakan dengan lebih giat dan bersifat proaktif.

“Selain untuk mendapatkan maklum balas, `engagement’ terhadap isu-isu yang dibangkitkan di peringkat tempatan dan antarabangsa perlu dilakukan.

“Kesegeraan dalam perkara ini penting kerana jika kita lambat memberi maklum balas, kita akan memberi persepsi yang tidak baik terhadap perkhidmatan awam,” katanya dalam perutusan bersempena Tahun Baru 2016 hari ini.

Amar Douglas dalam pada itu mengumumkan pelbagai kejayaan diperoleh MPIC sepanjang tahun ini.


Kata beliau, berlaku peningkatan eksport komoditi bagi tempoh Januari hingga September 2015 berbanding tempoh sama pada tahun 2014.

Menurutnya, eksport getah meningat empat peratus kepada RM18.5 bilion berbanding RM17.8 bilion manakala kayu-kayan meningkat 4.5 peratus kepadaRM15.8 bilion berbanding RM15.1 bilion.

“Tembakau meningkat sebanyak 12.4 peratus kepada RM1.1 bilion berbanding RM0.9 bilion dan lada sebanyak 31.8 peratus kepada RM388.4 juta berbanding RM294.6 juta,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori