Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rasa Berdosa Biarkan Anak...

KUALA LUMPUR - "Saya makan sedap, rumah saya besar, kenderaan banyak, anak kecil...

MH370: Bukti Fizikal Di...

PUTRAJAYA - Flaperon atau kepingan sayap pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion adalah suatu...

Kelapa Cukup Di Kedah...

PENDANG - Bekalan kelapa dijangkakan mencukupi di negeri ini bagi menampung permintaan yang...

Polisi Kerajaan PH Merugikan...

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menjangkakan Indonesia...

Mufti Perlis Puji Khairy Sekat Atlet Israel

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memuji langkah kerajaan menyekat dua atlet sukan luncur angin Israel daripada menyertai satu pertandingan sukan itu di Langkawi, Kedah.

Kata beliau, langkah tersebut adalah tepat memandangkan sukan tidak boleh berpisah dari kemanusiaan walaupun keputusan kerajaan tersebut dikecam teruk oleh pemimpin DAP.

“Saya ingin memuji pendirian YB KJ (Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar). DAP hanya memikirkan hak sukan Israel namun tidak begitu nyata selama ini pendirian DAP terhadap hak kemanusiaan rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

DAP Perak semalam membantah langkah Kementerian Belia dan Sukan menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi hari ini.

Sehubungan itu Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin menuduh kerajaan menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa tersebut. – MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]RmiTcbceclM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori