Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemuda UMNO Sabah Desak...

KOTA KINABALU ā€“ Pemuda UMNO Sabah mendesak presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

Mangsa Kesal Kena Bayar...

TAMPIN - Dalam keadaan ditimpa musibah seperti banjir, sebilangan penduduk Taman Sungai Gemas...

PAS Tak Layan Anggota,...

JOHOR BAHRU - PAS Pusat tidak akan melayan tindakan anggota dan penyokong parti...

Anggota PPBM Bertanding Sebagai...

MUAR - Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang bertanding sebagai calon Bebas...

Mun Yee Terima Anugerah Khas Sukan Perak

IPOH – Penerjun elit negara Leong Mun Yee menerima Anugerah Khas Pencapaian Gemilang Perak 2013/2014.

Dengan anugerah itu, beliau menerima lot tanah.

Anugerah disampaikan baginda Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada majlis Anugerah Sukan Perak di sini malam tadi.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Mun Yee menduduki tangga keempat dalam Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, memenangi pingat gangsa dalam acara 10m synchro pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan serta pingat gangsa dalam kejohanan Fina Diving World Cup 2014 di Beijing, China.

Beliau berkata anugerah itu membangkitkan semangatnya untuk lebih berjaya di masa hadapan.

“Pasti saya lebih bersemangat. Ia mendorong saya untuk lebih bekerja kuat untuk layak ke Sukan Olimpik di Brazil nanti.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri dan ini merupakan pertama kali saya menerima hadiah seperti ini,” katanya.


Sementara itu bekas pemain hoki kebangsaan Azlan Misron dan pemain boling elit negara Sin Li Jane masing-masing dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Perak 2013/2014.

Penerima lain ialah pemain golf Low Khai Jee yang dipilih sebagai Olahragawan Harapan dan pelayar Nor Nabila Natasha Mohd Nazri sebagai Olahragawati Harapan.

Bagi Anugerah Keluarga Sukan, ia diterima oleh Sin Yew Kheong yang isterinya merupakan bekas atlet bola tampar Perak, manakala anak-anaknya Ken Mun, Kar Mun dan Li Jane merupakan atlet boling.

Bagi Pasukan Terbaik, ia dimenangi skuad hoki Piala Razak yang menjadi johan kejohanan pada tahun 2013 dan 2014.

Sementara itu anugerah kepimpinan sukan dimenangi Datuk Abd Rahim Md Arif yang juga Presiden Hoki Negeri dan Anugerah Jurulatih Terbaik diberikan kepada jurulatih bola baling Phuah Lai Hock.

Turut disampaikan anugerah kepada media. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9e1hqIcAViU[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori