Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Akan Benarkan Penanaman...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan membenarkan penanaman hem iaitu pokok dari spesies ganja bagi...

Sempat Jumpa Keluarga Sebelum...

KEPALA BATAS - Seorang pelajar perempuan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Pongsu Seribu, di...

LZNK Sumbang 24,000 Kampit...

YAN : Lembaga Zakat Kedah (LZNK) akan menyumbang 24,000 kampit beras bernilai RM284,000...

Sesi Bersemuka Pelajar Sekolah...

PETALING JAYA : Sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi pelajar...

MyPPP Yakin Dapat Laksana Cabaran 365 Hari

TAPAH – Parti Progresif Penduduk yang dijenamakan semula sebagai parti myPPP yakin dapat melaksanakan ‘cabaran 365 hari’ yang merangkumi penganjuran satu program setiap hari bagi mendekatkan parti itu dengan masyarakat terutama golongan belia.

Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas berkata parti itu tidak mempunyai masalah untuk mengadakan program komuniti setiap hari kerana ia mempunyai 600,000 anggota dan 150 bahagian di 10 negeri.

“Setiap hari, anggota diharap dapat melibatkan diri dengan program bersama komuniti tertentu di setiap kawasan supaya dapat mendekati rakyat dan mengetahui masalah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Konvensyen myPPP peringkat negeri Perak yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan dihadiri lebih 500 anggota parti itu di sini hari ini.

Kayveas berkata myPPP dan Barisan Nasional (BN) diharap dapat menjalin kerjasama dalam menganjurkan program tersebut termasuk inisiatif ‘myInsurance’, ‘myWill’, ‘myHelpingHands’, ‘myEnglish’, ‘mySafeHome’ dan ‘myEnvironment’.


“Ada yang sukar mencari pekerjaan kerana mereka kurang mahir berbahasa Inggeris, jadi myPPP ingin menyentuh dan memberi perhatian terhadap isu seharian yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata pendekatan sebegini adalah indikator yang digunakan di Perak sejak penggal lalu yang mana sebuah parti bukan hanya sekadar dimensi politik semata-mata.

“Pendekatan yang dilakukan myPPP selaras dengan penjenamaan semula parti itu yang membawa maksud Peace (Aman), Progress (Kemajuan) dan Prosperity (Kekayaan) yang dilihat sebagai langkah membantu menentukan arah tuju perjuangan parti tersebut,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-iRjMpTNLWQ[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori