PELAKON drama terkenal, Nad Zainal sah menjadi isteri Muhammad Faliq, 27,  setelah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang sederhana di Hotel Roof Top Garden, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, telah selamat dinikahkan oleh bapanya yang juga merupakan walinya, Zainal Abidin Abu selepas solat Jumaat.
Dia menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala butiran lain mengenai wang hantaran dan sebagainya telah dirahsiakan atas permintaan keluarganya.
Pasangan romantik ini turut mengadakan majlis resepsi persandingan mereka pada sebelah malam juga di lokasi yang sama dengan majlis akad nikah mereka.
Nad dan suaminya, Muhammad Faliq telah mengenali antara satu sama lain selama 7 tahun yang lepas, namun rasa cinta itu hanya mula berputik pada awal tahun ini.
Kami mendoakan agar perkahwinan Nad dan suaminya akan berkekalan sehingga ke hujung nyawa. Selamat Pengantin Baru. – Sumber: My Metro
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=j4RIAbU5_kA]