TAHNIAH diucapkan buat pelakon cantik, Nad Zainal yang akan mendirikan rumah tangga pada pertengahan bulan Disember ini dengan kekasihnya, Muhammad Faliq Amirudin.
Khabar gembira itu diumumkan sendiri Nad menerusi laman Instagramnya dengan menulis, “Assalamualaikum, Ya benarlah khabar yang didengar? dan kepada sesiapa yang mengenali secara peribadi atau tidak.
“Jika saya pernah terguris atau menyakiti hati saya minta maaf dan saya berharap doa yang baik-baik sempena majlis yang bakal menjelang. Saya dan tunang bakal menamatkan zmn bujang pertengahan disember.
“Doakan yang terbaik. Terima kasih utk segala kritikan, sokongan selama ini. Terima kasih sekali lagi”.
Bakal suami Nad dikatakan seorang krew produksi belakang tabir yang dikenalinya ketika sama-sama menuntut di Universiti P. Ramlee (dahulu dikenali sebagai Aswara).
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 25, sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan rakan artis seperti Azwan Kombos dan Hefny Sahad.
Tahniah Nad! – MYNEWSHUB.CC