Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Akibat Diasak CEP, 2...

TEKANAN... Dunia perundangan negara sekali lagi menyaksikan campur tangan pihak kerajaan mengulangi krisis...

10 Penumpang Kapal Princess...

TOKYO - Seramai sepuluh penumpang kapal persiaran Princess Diamond yang berlabuh di Pelabuhan...

Lelaki Islam Dijel 6...

Kashgar, China - Seorang lelaki Islam etnik Uighur di sini dihukum penjara selama...

Lelaki Kekal Dipenjara Bunuh...

PUTRAJAYA - Cinta tiga segi akhirnya membawa seorang lelaki kekal dipenjara selepas Mahkamah...

Nahas Bas: 8 Rakyat Malaysia Masih Dirawat Di Chiang Mai

KUALA LUMPUR – Lapan daripada sembilan rakyat Malaysia yang cedera akibat nahas bas pelancong di Chiang Mai, Thailand, masih dirawat di tiga buah hospital di daerah utara Thailand itu.

Duta Malaysia di Thailand Datuk Nazirah Hussain dalam kenyataan yang terbaharu hari ini, berkata seorang daripada mereka, Lim Ah Gek berada dalam keadaan koma dan dirawat di Maharaj Nakorn Hospital.

Empat yang lain iaitu Tan Tang Soon, Ker Shin Hui, Lim Guat Huay dan Lim Jia Miem dirawat di Hospital Mc Cormick.

Tiga lagi iaitu Goh Bak Chai, Ng Too Hiyok dan Teo Tien Chor dirawat di Bangkok Hospital.

“Pihak kedutaan masih memantau keadaan mereka,” katanya.

Awal pagi ini, kesemua jasad 13 rakyat Malaysia yang maut dalam nahas Ahad lepas, tiba di tanah air melalui penerbangan ihsan menggunakan dua pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Thailand.


BACA: Jasad Mangsa Nahas Di Chiang Mai Tiba Di Tanah Air

Seorang mangsa yang cedera turut dibawa pulang.

Menurut laporan berita antarabangsa, bas yang membawa 22 warganegara Malaysia terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap ketika dalam perjalanan dari Chiang Rai ke Chiang Mai pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan Ahad. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]fKuxAheotXE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori