Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Khalid Samad Cuba Diserang...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 20 orang kelihatan cuba menyerang Anggota Parlimen Shah Alam,...

MASEU Rancang Tubuh Koperasi...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) merancang menubuhkan koperasi bagi...

Misi Ketenteraan Di Arab...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) akan mendapatkan pengesahan lanjut daripada Angkatan Tentera...

Rekod Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Negara merekodkan 1,063 kes baharu positif Covid-19 hari ini, iaitu...

Najib Doakan Kejayaan Dua Guru Tercalon Anugerah Guru Global

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mendoakan kejayaan dua guru wanita tempatan yang disenarai dalam kalangan 50 guru dari seluruh dunia untuk Anugerah Guru Global 2016.

Perdana Menteri melalui Twitternya menyifatkan pencalonan Noorjahan Sultan dari Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama di Kuantan, Pahang dan K. Vanesri Kasi dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Khalidi, Muar, Johor, adalah satu kebanggaan bagi negara.

“Malaysia mempunyai banyak kejayaan yang membanggakan. Antaranya dalam bidang pendidikan, dua guru kita adalah di antara 50 guru-guru sedunia dicalonkan untuk Anugerah Guru Global 2016.

“Walau apa keputusan akhir anugerah tersebut, dua guru ini adalah kebanggaan Malaysia,” katanya dalam entri terbaharu laman sosialnya pada Khamis.

Norjahan, 44 dan K.Vanesri, 25 disenarai pendek daripada 8,000 penyertaan dari 150 negara bagi anugerah berkenaan.


Pada Februari 2016, kesemua 50 calon akan disenarai pendek menjadi 10 finalis dan pada Mac, pemenang Anugerah Guru Global 2016 akan diumumkan dalam satu majlis di Dubai.

Anugerah anjuran Yayasan Varkey GEMS yang berpangkalan di Dubai itu merupakan pencalonan kedua dari Malaysia selepas seorang guru Fizik, Yasmin Noorul Amin, 38, tersenarai dalam kalangan 50 guru untuk anugerah sama bagi 2015. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori