Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Dijel Sehari...

MELAKA - Akibat mendatangkan kecederaan dengan mencekik leher seorang wanita, seorang pengawal keselamatan...

Sistem Parol Bebaskan 10,664...

KUALA LUMPUR - Seramai 10,664 banduan dibebaskan menerusi pelaksanaan sistem parol sejak ia...

Pelakon Nikita Mirzani Didakwa...

PAKAR psikologi forensik terkenal Indonesia mendedahkan, pelakon dan model Nikita Mirzani menjual tubuh sebagai...

Kami Cuma Mahu FAM...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menjelaskan tindakan persatuan itu membangkitkan...

Najib Luang Masa Lawat Laman Media, Santai Layan ‘Selfie’

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk bertemu dan beramah mesra dengan kumpulan media yang membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Kehadiran Najib di Laman Media yang terletak di Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bukan sahaja untuk berkongsi mengenai berita liputan perhimpunan kali ini.

Sebaliknya turut memberi peluang kepada pihak media untuk ‘berselfie’ bersama beliau. Perdana menteri kelihatan begitu ‘sporting‘ melayan permintaan media untuk bergambar hampir di setiap organisasi dilawatinya.

Ketika singgah di bilik RTM pula, Najib yang ditanya pandangan mengenai perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia, berharap pertemuan Selangor – Kedah itu akan turut mendorong kejayaan sukan bola sepak negara.

Beliau berharap aspek keselamatan semasa perlawanan itu dapat dipatuhi peminat kedua-dua pasukan bagi mengelak daripada berlakunya kejadian tidak diingini.

Sebanyak 60 buah agensi media melibatkan media cetak dan elektronik selain media baharu termasuk blogger serta portal berita online membuat liputan perhimpunan kali ini.


Ia membabitkan 50 agensi tempatan dan 10 agensi antarabangsa dengan 1,453 petugas media.

Selain itu, Najib melawat Pavilion Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan melancarkan buku ‘Roh Kesungguhan Melayu’, terbitan UiTM.

Turut hadir ialah Naib Canselor UiTM, Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]W-8M6-KIVxI[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori