KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini malam ini.
Najib yang juga Perdana Menteri, tiba pada 8.22 malam, diikuti Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dua minit selepas itu, dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira lima minit kemudian.
Anggota MT yang lain termasuk dua lagi naib presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tiba lebih awal.
Secara tradisinya, mesyuarat MT itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Sebelum ini, Ahmad Zahid berkata mesyuarat kali ini akan membincangkan persiapan akhir Perhimpunan Agung UMNO 2015. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]HJk2r8ASw-I[/wpdevart_youtube]