Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

“Masyarakat Perlu Sedar Kuasa...

TEKNOLOGI ibarat rakan baik kepada semua manusia pada masa kini dengan mempunyai pelbagai...

Malaysia Akan Terus Bantu...

KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus sedaya upaya membantu saudara se-Islam di Palestin...

Jamal Diarah Bayar Ganti...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar...

Anwar Perlu Diberi Masa...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin membayangkan perdamaian di antara Presiden,...

Najib Sifatkan Tunku Abdul Jalil Insan yang Merendah Diri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim sebagai seorang yang sentiasa merendah diri kerana sikapnya yang suka mendekati rakyat.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya berkongsi perasaan sedih warga Johor atas pemergian ini.

“Almarhum adalah seorang anak raja yang sangat merendah diri serta dekat dengan anak-anak muda,” kata Najib menerusi entri Facebooknya hari ini.

Beliau berkata pemergian Tunku Jalil pada usia muda juga amat dirasai bukan sahaja oleh rakyat Johor, malah rakyat di seluruh negara.

“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.


“Saya berada di Johor sebentar tadi untuk hadiri istiadat pemakaman Yang Amat Mulia Almarhum. Sama-sama kita semua terus sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh dirahmati dan ditempatkan bersama golongan beriman,” tulis beliau.

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, akibat kanser.

Almarhum merupakan anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]01qfrYVpXbg[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori