KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga seniwati Mariani, yang meninggal dunia malam tadi, akibat kanser usus.
Menerusi catatan terbaharu di laman sosial Twitter miliknya, Najib berkata lakonan Allahyarhamah dalam filem-filem yang dibintanginya masih diingati beliau.
Al-fatihah, Seniwati Mariani Meninggal Dunia
“Saya masih ingat lakonan seniwati Mariani dalam filem seperti Labu Labi dan banyak lagi. Semoga roh Allahyarhamah dirahmati. Al-Fatihah,” katanya.
Mariani atau Mariam Ismail, 82, meninggal dunia di kediamannya di Taman Kosmo Jaya, Sentul pada 7.32 malam tadi.- BERNAMA
[wpdevart_youtube]t0Hh543yZc8[/wpdevart_youtube]