SITI Nordiana, juara Gegar Vaganza musim ke-2 atau lebih selesa dipanggil Nana mengakui bahawa dia tidak serik untuk berkahwin lagi, kerana urusan menentukan jodoh adalah ketentuan dari Illahi.
Nana juga berkata, dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga lagi buat masa ini kerana ingin mengembangkan dahulu bisnes butiknya dan kerjayanya sebagai seorang selebriti.
“Nana tak serik untuk berkahwin tetapi belum bersedia kerana buat masa sekarang biar Nana fokus terhadap kerjaya serta bisnes dahulu,†katanya sewaktu Sidang Media Anugerah MeleTOP Era 2016.
Tambahnya, sekiranya dia ingin berkahwin, dia memerlukan seorang lelaki yang boleh menerima dirinya dan menyayangi anaknya.
“Kalau nak kahwin kita tak tahu sekiranya bakal suami kita itu boleh menerima anak kita atau tidak. Nana juga risau sekiranya anak Nana terpinggir apabila sudah bersuami,†kata Siti Nordiana. -MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=eJcakQd2TEQ]