Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Air Manis Pendekkan Jangka...

CAMBRIDGE - Satu kajian baharu oleh penyelidik di Universiti Harvard menunjukkan pengambilan minuman...

Tauke Akui Tertekan Dengan...

KEMUNCULAN pelawak baharu dalam industri seni komedi di negara ini jelas memberikan 'tekanan' kepada pelawak,...

Tidak Adil Bandingkan Penjawat...

PUTRAJAYA - Adalah tidak adil untuk banding jumlah penjawat awam di Malaysia dengan...

Kepentingan Negara Terpelihara Di...

KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak melibatkan sebarang pindaan ke atas...

Nasi Kandar Kaw Cetusan Ilham Dan Minat Dua Sahabat

MURAH, banyak dan sedap – itulah yang boleh diungkapkan ketika pertama kali menyuap biryani bukhara Nasi Kandar Kaw ke mulut.

Setiap butiran nasinya mewah rempah dan perisa, menjadikan penulis dan jurufoto sedikit ‘menyesal’ memilih untuk kongsi berdua hidangan tersebut.

Diasaskan oleh dua pencinta tegar nasi kandar, Syahril A. Kadir, 38, dan Shuhib Ghazali, 33, Nasi Kandar Kaw menjanjikan pengalaman berbeza kerana mereka beroperasi bukan di dalam kedai, tetapi food truck!

Unik, bukan?

Menurut Syahril, idea untuk menjalankan perniagaan nasi kandar menggunakan konsep trak terilham daripada pengalaman menjalani dua kariernya sebelum ini.

FSH_1155
Pengasas bersama Nasi Kandar Kaw, Syahril A. Kadir.

“Saya pernah berkhidmat sebagai pegawai khas menteri dan bekas wartawan jenayah yang waktu makannya tak tentu tempat dan masa.

“Makanan food truck banyak membantu orang seperti saya jadi saya terfikir, apa salahnya jika buka sendiri perniagaan berkonsep ini,” jelas Syahril memulakan cerita.

Bermula daripada cetusan inspirasi itu, beliau terus menghubungi rakan kongsinya yang juga seorang cef dan pemilik restoran yang mempunyai kepakaran memasak masakan India Utara.

Berbekalkan dua lori kecil bernilai RM60,000 setiap satu dan kerja-kerja pengubahsuaian yang menelan kos kira-kira RM30,000 Syahril dan Shuhib yang turut mendapat bantuan dan sokongan koperasi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjalankan perniagaan mereka di belakang bangunan Plaza Sentral, Kuala Lumpur.

“Kami memilih konsep begini kerana berasakan warga kota kini semakin serasi dengan trend menikmati makanan tengah hari atau sarapan yang dibeli dari lori pikap.

“Selain itu perniagaan  food truck melibatkan kos overhead lebih rendah berbanding restoran. Konsep ini juga menjadikan proses penghidangan makanan lebih bersih dan pengawalan bajet yang mudah untuk diselenggara,” jelas Syahril.

FSH_1149FSH_1146

Hidangan signature Nasi Kandar Kaw sudah tentulah biryani bukhara beserta kambing atau ayam masalanya yang dihidangkan bersama jelatah dan telur rebus.

Pelanggan juga boleh membuat pilihan sama ada mahu menambah bendi rebus, acar buah atau ayam goreng dalam hidangan biryani atau nasi kandar mereka.

Semua makanan ini dimasak Chef Shuhib sendiri di central kitchen miliknya di Damansara.


Salah seorang pelanggan setia Nasi Kandar Kaw, Nurul Ain Mohd. Nasri; 24, berkata, hidangan pilihannya setiap kali berkunjung di situ semestinya ayam masala dan nasi putih.

FSH_1191
Nasi biryani ayam masala menjadi pilihan Nurul Ain Mohd. Nasri.

“Harganya sangat murah. Hanya dengan RM9 saya dapat menikmati nasi, ayam masala dan air. Rasanya juga sungguh enak. Di kawasan KL Sentral ini harga makanan mahal jadi saya amat gembira apabila ada alternatif yang jauh lebih murah untuk makan tengah hari,” katanya.

Beroperasi dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang, Nasi Kandar Kaw turut menghidangkan sajian sarapan seperti mihun and mi goreng.

“Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Biasanya ramai akan beratur panjang pada waktu kemuncak iaitu semasa rehat tengah hari. Menjelang waktu tutup, kebanyakan lauk semuanya ‘licin’,” cerita Syahril mengenai sambutan yang diterima.

Difahamkan, keenakan Nasi Kandar Kaw yang cuma tersebar dari mulut ke mulut dan menerusi medium online ini menyaksikan ada yang sanggup datang dari jauh hanya untuk merasa hidangan di situ.

FSH_1132
Antara pelanggan yang puas hati dengan servis dan makanan disajikan Nasi Kandar Kaw.

Selain itu, pelaris perniagaan ini tak lain tak bukan pemiliknya sendiri, bekas wartawan jenayah yang begitu popular di media sosial dengan kisah-kisah kemasyarakatan tulisannya sering jadi viral.

Ditanya adakah media sosial memainkan peranan dalam kejayaan perniagaannya setakat ini, Syahril mengakui kebenarannya.

“Saya banyak mempromosikan perniagaan saya di laman sosial dan nampaknya kaedah itu amat berkesan kerana ramai yang datang setelah membacanya.”

Mengenai harapannya pada masa depan, Syahril berkata dia amat positif dengan hala tuju Nasi Kandar Kaw.

“Insya-Allah kami akan menyediakan perkhidmatan katering pula dan menambah food truck kami di lokasi lain,” katanya optimis.

Mana lagi nak dapatkan nasi biryani kambing berharga RM12 di Kuala Lumpur? Jom serbu food truck Nasi Kandar Kaw! - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori