Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Ditemui Di...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemukan di kawasan Ladang Kelapa Sawit, Jalan...

Remaja Disambar Buaya Bantu...

Kuching : Remaja lelaki dilaporkan hilang selepas disambar buaya di sungai di Samariang,...

1MDB Tidak Miliki Atau...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menjelaskan ia tidak memiliki...

Han Isaac Dilantik Pengerusi...

PELAKON, penerbit dan pengarah filem, Datuk Gerald Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan...

Neelofa Nafi Bergelar Isteri Ketiga Shafie Apdal

NEALOFAR, jenama tudung yang dikeluarkan pelakon dan pengacara jelita, Neelofa dikatakan mendapat sambutan luar biasa sehingga nilai jualannya mencecah RM50 juta atau dua kali ganda daripada nilai jangkaan awal, demikian lapor sebuah portal.

Sama ada ia betul atau pun tidak, itulah antara cerita yang harus dijawab oleh selebriti popular seperti Neelofa yang memilih, untuk tidak melatah setiap kali disogok kontroversi.

Walaupun jenama tudung Neelofa sudah mempunyai hampir 700 pengedar sah termasuk di Brunei, London, Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan Belanda sekali gus cukup untuk membayangkan bahawa Neelofa memiliki kekayaan sendiri, ianya tidak dapat menghalang dirinya daripada gosip terbaharu yang mendakwa menjadi isteri ketiga seorang kenamaan, yang dirujuk sesetengah laman gosip adalah Shafie Afdal.

Untitled3

Bagi menjelaskan gosip itu Neelofa menulis di akaun Instagramnya;


“Public cukup bijak untuk menilai gossip mcm tu. why would i make that kind of decision, jadi number 3 mcm tu je? Penat kerja siang malam untuk settle down that way? Hmmm fikir-fikirkan my dear”.

Rata-rata peminat Neelofa memberikan sokongan dan menasihatkan dia agar tidak menghiraukan khabar angin itu.

Ianya adalah hak masing-masing untuk mempercayai atau tidak perkara ini. Neelofa sendiri berpendapat bahawa orang ramai sudah cukup cerdik untuk menilainya sendiri. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=CqkxUHf6aOY]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori