PELAKON dan pengacara Neelofa nyata cukup teruja apabila terserempak dengan pelakon antarabangsa, Julianne Moore di sebuah restoran masakan Itali di New York, hari ini.
Neelofa berkongsikan hal itu di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar ‘curi’ yang ditangkapnya ketika duduk berhampiran meja pelakon wanita tersebut.
Julianne, 55, pemegang trofi Aktres Terbaik Anugerah Akademi, merupakan pelakon gred A Hollywood yang pernah membintangi filem seperti Non Stop, Still Alice, Carrie dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 1.
Neelofa kini berada di New York kerana mengikuti kursus pendek penjenamaan dan pemasaran di sana.
Selain dapat bertentang mata dengan Julianne, Neelofa juga berkesempatan menyaksikan konsert penyanyi bersuara merdu, Mariah Carey di The Beacon Theatre, baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC