Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Keluarga Tinggal Di Khemah...

JELI - Kesemua 43 keluarga mangsa banjir yang tinggal di khemah di penempatan...

Operasi SAR Kesan Pesawat...

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia, QZ8501 kini diaktifkan oleh Pihak...

Penjaga Parkir Bekal Sijil...

SEREMBAN - Seorang penjaga tempat letak kereta dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh...

Makan Guna Chopstick Dapat...

MENERUSI satu kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan di Singapura, penggunaan chopstick ketika...

Negara Perlu Rakyat Bersatu Untuk Capai Status Membangun

KOTA KINABALU – Rakyat yang bersatu padu adalah kunci bagi Malaysia untuk mencapai status negara maju, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata usaha kerajaan membangunkan negara ke arah status negara maju hanya dapat dilakukan melalui perpaduan rakyat.

“Perpaduan dan keharmonian adalah tonggak kejayaan sesebuah negara. Sebarang percubaan luar untuk menyemai rasa tidak percaya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, perlu dihalang,” katanya pada majlis pelancaran hari kedua Festival Sambutan Krismas Gaya ke-11, bertemakan ‘Malam Perpaduan’ di sini Rabu malam.

Acara berkenaan dianjurkan bersama-sama Majlis Gereja-gereja Sabah (SCS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Kurup juga memberi amaran mengenai bahaya sentimen dan isu-isu sensitif yang dibangkitkan kumpulan dan individu tertentu untuk mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat demi agenda sendiri.

“Saya ingin mengingatkan semua pihak supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang disebarkan melalui Internet. Gunakan media sosial secara positif dan bijak.


“Kerajaan akan terus bekerja bersama-sama rakyat dalam memastikan Malaysia kekal sebagai negara bersatu padu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memuji usaha gotong-royong DBKK, SCS dan agensi kerajaan dalam penganjuran festival Gaya Krismas yang diyakini mempunyai potensi meningkatkan Kota Kinabalu sebagai destinasi pelancongan di peringkat dunia.

“Ini terbukti dengan pemilihan pembaca majalah penerbitan dan perjalanan CEI Asia yang memilih Kota Kinabalu sebagai antara destinasi resort terbaik sebagaimana Bali dan Phuket,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori