BERITA kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam dalam kalangan kerabat diraja Johor.
Sebaliknya seluruh rakyat Malaysia turut melahirkan kesedihan mereka dengan kehilangan putera raja berjiwa rakyat itu.
Seperti yang diketahui, Almarhum merupakan seorang anak raja yang sangat merendah diri dan tidak membeza-bezakan darjat di antara manusia.
Malah, baginda lebih suka dilayan seperti rakyat biasa dan Almarhum juga pernah berkunjung ke pasar Ramadan yang sesak di Johor Bahru demi bertemu rakyat selain membeli sendiri juadah berbuka puasa.
Satu tingkah laku yang jarang-jarang sekali dilakukan oleh seseorang yang hidupnya berkait rapat dengan protokol diraja.
Namun, ternyata Almarhum lebih disayangi Allah SWT, apabila hanya diberikan kesempatan selama 25 tahun bernafas di bumi ini selepas disahkan menghidap penyakit kanser hati, tahun lalu.
Di bawah, kami kongsikan luahan kesedihan netizen yang ternyata turut terkesan dengan kemangkatan Almarhum. – MYNEWSHUB.CC
Baca: Tunku Abdul Jalil, Definisi Sebenar Putera Berjiwa Rakyat
Juga: Chef Wan Tersentuh Dengan Keperibadian Tunku Abdul Jalil
Lagi: Tunku Abdul Jalil Mangkat, Siti Hilang Teman Gurau Senda