Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

FAM Tangguh Pelaksanaan Penggunaan...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menangguhkan...

Pengedar Dadah Beralih Ke...

BANGI - Operasi pengedar dadah kini beralih kepada dalam talian bagi mengelakkan mereka...

Tips Cantik Untuk Menyambut...

Merawat kulit dengan baik merupakan salah satu bentuk rasa syukur umat muslim terhadap...

DAP Seru Bangsa Johor...

KUALA LUMPUR - DAP dalam satu kenyataan hari ini Johor menyeru seluruh Bangsa...

Neves Cugat.. Antara Bongok, Radio dan Pretty Ugly!

SEBUT nama Raizan Zainal Abidin, tidak ada peminat hiburan tanah air yang mengenali penyanyi ini tetapi kalau sebut saja nama band Pretty Ugly, kita pasti terbayang wajahnya.

Dikenali sebagai Neves, dia telah menghambakan diri dalam bidang muzik berbelas tahun lamanya dan bersama Pretty Ugly, banyak lagu yang mereka hasilkan menjadi siulan anak muda dan pernah mengungguli carta hits radio tempatan.

Namun entah di mana silapnya, nama Neves dan Pretty Ugly semakin lama semakin tenggelam hingga ada yang menyatakan kumpulan muzik psychedelic rock itu telah berkubur.

Peluang bertemu dan berbual dengan penyanyi itu baru-baru ini, menjawab segala persoalan mengenai kumpulan berkenaan dan ke mana ‘menghilangnya’ mereka selama ini.

Ternyata penampilan Neves sudah jauh berbeza. Paling mengejutkan dia semakin kurus berbanding zaman kegemilangannya bersama Pretty Ugly. Rupanya dia kini banyak melibatkan diri dengan kegiatan sukan ‘outdoor’ seperti marathon, berbasikal, memanjat gunung dan sebagainya. Ia merupakan hobi masa lapangnya bila mahu melarikan ‘sebentar’ dari dunia hiburan.

12186598_10153466362827771_7238070735374273780_o

11892136_10153335562452771_8276680818179166349

“Saya adakalanya tidak tahu nak jawab bila peminat bertanya bila kami hendak buat album atau lagu baru. Nak marah tak boleh, nak sedih pun tak kena.. sebenarnya kami ada saja produk baru untuk peminat tetapi nak salahkan mereka pun tak boleh kerana ternyata ia tidak kedengaran di radio-radio tempatan.

“Banyak faktor, antaranya mungkin lagu kami tak sedap dan tak sesuai dengan konsep sesebuah stesen radio hingga menyebabkan ia tidak menjadi pilihan deejay untuk memutarkannya.

“Kami tidak mahu cari alasan atau menyalahkan mana-mana pihak, lebih baik kami melihat dulu kelemahan yang kami ada dan berusaha lagi untuk memastikan mutu dan populariti Pretty Ugly akan terus mewarnai hiburan seni tanah air,” kata Neves bersungguh-sungguh.

Dalam pada itu, tak ramai tahu yang Neves kini sudah pun mempunyai single terbaharu. Kali ini dia muncul secara solo dan mahu dikenali sebagai Neves Cugat.

Yang mungkin kedengaran agak kontroversi bila single terbaharunya itu berjudul Bongok. Namun bagi mengelakkan ia mendapat reaksi negatif atau disalah tafsir, Neves menukar judulnya kepada ‘B’.

Menurut Neves, dia bukan berniat mahu mencari publisiti murahan tetapi lagu berkenaan merujuk kepada perbuatan comel dan manja sesuatu pasangan ketika sedang asyik dilamun cinta.


Tambah Neves, lagu itu bertemakan cinta dan ‘bongok’ merujuk kepada respons seseorang apabila pasangan mereka melakukan sesuatu perkara yang manja dan comel ketika bercinta.

“Tak mengapalah.. saya tukar saja tajuknya tetapi yang penting muzik dan lagu itu tetap sama. Kelainan paling ketara dalam single saya ini adalah penggunaan alat muzik ukelele di dalamnya.

“Tetapi jangan salah anggap pula ingat Pretty Ugly dah berkubur. Ini cuma projek solo saya dan yang pasti kami masih bersama selagi peminat mahu dan sudi mendengar lagu-lagu kami.

“Kali ini saya berharap stesen-stesen radio memberi peluang agar ‘B’ diputarkan kerana saya dah memberi sepenuh tenaga dan usaha saya bagi membolehkan ia ‘mesra’ di telinga peminat yang dahagakan material berkualiti. Alhamdulillah setakat ini respon yang saya terima sangat positif dan meyakinkan,” kata Neves lagi.

Neves Cugat (dua,kanan) bersama anggota kumpulan Pretty Ugly.

Dalam pada itu, Neves juga menyangkal dakwaan kononnya mereka ‘syok sendiri’ dan enggan menerima karya komposer lain dalam setiap album dan lagu yang mereka hasilkan selama ini.

Kata Neves, walaupun mereka mempunyai konsep dan haluan sendiri dalam setiap karya, namun itu bukan bermakna mereka meminggirkan komposer yang ingin menyumbangkan idea dan buah fikiran untuk diri dan kumpulannya itu.

Menurutnya, sudah tentu jika mereka mendapat lagu yang sedap didengar dan mampu membawa nama mereka kembali menjadi sebutan, ia bukanlah satu perkara yang menjadi persoalan.

“Kalau ia cocok dengan konsep muzik yang kami bawa selama ini.. kalau lagu itu ternyata mempunyai nilai komersilnya yang tersendiri, sudah tentu kami mengalu-alukan siapa saja yang mahu berkerja sama dengan kami.

“Kami bukan syok sendiri. Berbelas tahun kami dalam persada muzik tanah air, ini secara langsung menunjukkan kami serius untuk menjadi yang terbaik di hati para peminat Neves amnya dan Pretty Ugly khususnya,” jelasnya sebelum menutup perbualan. – MYNEWSHUB.CC

#universalmusicmalaysia #B #bongok #gilamuzik #NevesCugat #prettyugly #runaway #RumpunUniversal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori