Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Indonesia Dapat RM41 Bilion...

AKHBAR Gulf News melaporkan, UAE akan melabur di Indonesia sebanyak RM41 B. Jumlah...

Selamatkah Johor Mahiaddin Jadi...

Kini orang Johor ada sebab dan alasan kukuh untuk memastikan PN tidak menang...

Laluan Tapah – Cameron...

CAMERON HIGHLANDS - Laluan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sementara untuk semua kenderaan...

Jasa Rakyat Beri Kemenangan...

ALOR SETAR - Pemimpin dan anggota parti Pakatan Harapan (PH) mesti menghargai jasa...

Notis 14 Hari Kosongkan Premis Jual Vape Di Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan akan mengeluarkan notis selama 14 hari kepada peniaga vape atau rokok elektronik untuk mengosongkan premis mereka bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tindakan itu sejajar dengan keputusan kerajaan negeri untuk tidak mengeluarkan sebarang lesen berhubung penjualan produk berkenaan di Kelantan.

“Kita akan ambil tindakan tertentu termasuk menyita peranti jika mendapati masih ada peniaga yang ingkar dan terus menjual barangan tersebut selepas 1 Jan ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung penjualan vape di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Peniaga Vape Melayu Malaysia (PPVM) cawangan Kelantan, Mohd. Azlee Che Mohd. Zaid menjangkakan lebih 350 peniaga vape di Kelantan akan kerugian kira-kira RM50 juta jika premis mereka ditutup selepas larangan penjualan dikuat kuasakan tahun depan.


“Kita harap kerajaan negeri dapat memberi lebih masa kepada peniaga untuk menjual peranti dan cecair berperisa mereka kerana tempoh 14 hari yang diberikan adalah tidak mencukupi.

“Ini kerana modal yang digunakan untuk membuka sebuah kedai mencecah sehingga RM200,000. Peniaga juga perlu diberi masa untuk ambil kembali modal yang mereka telah laburkan serta mencari peluang perniagaan lain,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum berhubung perkara berkenaan kepada Abdul Fattah di Kompleks Kota Darul Naim di sini.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]EYVZu5ngUhA[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • vape

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori