Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Terengganu Senarai 20 Pelumba...

KUALA TERENGGANU - Terengganu akan menyenarai 20 pelumba, termasuk enam wanita ke Kejohanan...

PH Tak Kaji Sebelum...

MENGAPA Pakatan Harapan (PH) berjanji kepada rakyat akan mewujudkan caruman Kumpulan Wang Simpanan...

95 Ditahan Kerana Disyaki...

SERDANG - Polis menahan 95 rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi pengganas dan terlibat...

Kilang Cili Kisar, Kicap...

GEORGE TOWN: Sudahlah memproses makanan bersebelahan tandas pekerja, bekas simpanan bahan mentah pula...

Operasi SAR Kesan 3 Mangsa Lemas Di Sungai Puyoh Diteruskan

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki yang hilang dibawa arus deras ketika sedang memancing di Sungai Puyoh berdekatan Kem Perdana Sungai Besi, di sini, semalam diteruskan pagi Selasa.

Mangsa yang terlibat dan dipercayai lemas dalam kejadian itu ialah Remy Julian Raymond Joe, 14, Joe Jerry, 12, dan Josnual Usin, 9.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata operasi SAR yang bermula pukul 7 pagi tadi melibatkan kekuatan seramai 33 anggota bomba dan penyelamat Sungai Besi serta lapan anggota daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bagi mengesan kesemua mangsa.

“Pada pagi ini, bomba telah melakukan ‘staging’ di belakang perumahan Projek Perumahan Rakyat Permai di Sungai Besi sepanjang 2 kilometer dari tempat kejadian berhampiran perangkap sampah.


“Ia turut disertai oleh Unit Pasukan Penyelamat Di Air Selangor dan Unit Anjing Pengesan K9 dalam operasi SAR ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada Isnin, dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki telah hilang dibawa arus deras ketika sedang memancing di sungai berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori