Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemuda PAS Kecam Gadis...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berasa dukacita dengan sikap beberapa...

Ceburi Bidang Keusahawanan, Jadi...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia digalakkan menceburi bidang keusahawanan kerana ia bukan sahaja...

Muafakat Jawab Tohmahan DAP...

BIDAS... Umum tahu selama ini DAP cukup anti dengan segala agenda hak kepentingan...

‘Say Something Nice’ Tumpu...

PUTRAJAYA - Dalam usaha mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara ini, kempen 'Say...

Oscar Pistorius Kembali Dituduh Bunuh Kekasih

HANYA sebulan selepas dibebaskan daripada tuduhan membunuh kekasihnya, atlet Olimpik dan Paralimpik, Oscar Pistorius sekali lagi dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Atas permohonan rayuan pihak pendakwaraya, Oscar kembali dibicarakan atas tuduhan tersebut dan jika didapati bersalah, dia bakal dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun.

Oscar, atlet yang kudung kedua-dua belah kaki, didakwa menembak mati teman wanitanya, seorang model Reeva Steenkamp pada malam sambutan Hari Kekasih, 14 Februari, dua tahun lalu.

reeva
Oscar dan Reeva.

Dalam hujah pembelaannya sebelum ini, Oscar menyatakan dia menyangkakan Reeva adalah penceroboh sehingga memaksanya menembak ketika kejadian pada tengah malam itu.

Menurut Hakim Eric Leach, Oscar dituduh atas kesalahan membunuh dengan niat.

Kertas pendakwaan terhadapnya dinilai semula bagi menentukan jenis hukuman sewajarnya buat atlet berusia 29 tahun itu.


Di Afrika Selatan, hukuman minimum untuk kesalahan membunuh ialah penjara selama 15 tahun.

Oscar dibebaskan pada 19 Oktober lalu selepas setahun menjalani hukuman tahanan dalam rumah sebelum itu. – MYNEWSHUB.CC

Oscar Pistorius Animation: The night Oscar killed Reeva Steenkamp

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori