Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

RM753,000 Baiki Kerosakan Di...

KUALA LUMPUR  - Kerajaan Selangor bersetuju memperuntukkan dana berjumlah RM753,000 menerusi beberapa agensinya...

Polis, Tentera Kawal Pintu...

SERIAN - Anggota pasukan keselamatan iaitu polis dan tentera diarahkan untuk mengawal sempadan...

McD Malaysia Bayar Zakat...

McDonald's Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM6.5 juta sejak lima tahun lepas,...

Petani Perlis Terima Bantuan...

ARAU - Bagi meringankan beban 194 petani di Perlis yang kerugian setelah tanaman...

PAC Panggil 2 Lagi Individu Januari Depan Berhubung 1MDB

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneruskan prosiding pengurusan kawalan tadbir urus syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan memanggil dua individu pada Januari ini.

Mereka adalah Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yng akan dipanggil pada 19 Januari dan bekas pengerusi syarikat itu Tan Sri Mohd Bakke Salleh sehari kemudian.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata jika ada keperluan bagi melengkapkan siasatan, pihaknya akan memanggil semula bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

“PAC juga memberikan masa bagi Jabatan Audit Negara untuk melengkapkan laporan Audit Akhir 1MDB yang dijangka akan dibentangkan Ketua Audit Negara kepada jawatankuasa ini, selewat-lewatnya pada akhir Februari 2016,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, PAC hari ini mengadakan prosiding pengurusan kawalan tadbir urus 1MDB membabitkan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy bagi kali kedua.

Mengenai prosiding itu, Hasan berkata ia berlangsung selama kira-kira tiga jam di mana Arul Kanda telah menerangkan mengenai pelan rasionalisasi 1MDB.

“Saya berpuas hati atas penjelasan Arul Kanda dalam prosiding hari ini,” katanya.


Arul Kanda sebelum ini telah memberi keterangan kepada PAC pada 1 Dis lepas, sementara Shahrol Azral dipanggil sehari sebelum itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata tiada draf laporan pengauditan Jabatan Audit Negara (JAN) terhadap 1MDB yang disiapkan setakat ini.

Merujuk kepada laporan media baru-baru ini mengenai artikel Wall Street Journal yang mengandungi dakwaan terhadap 1MDB dan mengaitkan dengan draf laporan dari JAN, Ambrin menjelaskan pengauditan terhadap syarikat itu masih berjalan.

Katanya Jabatan Audit Negara juga telah memaklumkan PAC pada mesyuarat hari ini bahawa Laporan Akhir pengauditan 1MDB dijadual untuk dibentangkan kepada jawatankuasa itu pada Februari depan.

“Oleh itu Jabatan Audit Negara akan memastikan laporan akhir itu dapat disiapkan mengikut jadual tersebut,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]rQ7Vg21tBI8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori