Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

HASiL Mendokong Gaya Hidup...

Bersukan aktiviti kegemaran rakyat. Ia bukan sahaja menyihatkan badan, malah platform untuk masyarakat...

Kenapa Masa Depan Gelap...

PAKATAN Harapan yang diketuai DAP tidak akan berpuas hati selagi gagasan Malaysian Malaysia...

Baca! 13 Tips Berguna...

SETIAP orang perlukan motivasi untuk teruskan berjuang dalam kehidupan seharian masing-masing.Ya, setiap hari...

Najib Mohon Tangguhkan Rayuan...

PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Razak memohon Mahkamah Persekutuan menangguhkan prosiding rayuan akhir...

PAC Puas Hati Dengan Penjelasan Arul Kanda

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpuas hati terhadap penjelasan yang dikemukakan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkaitan syarikat tersebut, hari ini.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata prosiding yang bermula kira-kira pukul 11 pagi tadi, berjalan lancar dan berhenti berehat sehingga pukul 2.30 petang untuk sesi seterusnya.

Arul Kanda pagi ini tampil memberi keterangan buat kali pertamanya kepada PAC.

Arul Kanda Menghadap PAC Kali Pertama Hari Ini

Arul Kanda dilihat tiba di bangunan Parlimen kira-kira pukul 10.30 pagi dan prosiding terus bermula pukul 11 pagi di hadapan Hasan dan anggota jawatankuasa PAC.

“Ya, kami sudah bersedia untuk prosiding,” kata Arul Kanda ringkas sambil tersenyum di dalam bilik sidang media sebelum prosiding bermula.

Sidang media dijangka diadakan 2 petang ini.

Sebelum ini dilaporkan, Arul Kanda telah dipanggil PAC sebanyak dua kali iaitu pada Mei dan Ogos untuk memberi keterangan berkaitan syarikat berkenaan namun beliau gagal menghadirkan diri.


Semalam, PAC memanggil bekas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif 1MBD Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi untuk memberi keterangan berkaitan pembentukan 1MDB, yang dilapor berlaku dalam 2009 ketika di bawah pengurusan beliau.

Bekas CEO 1MDB Tampil Beri Penjelasan Kepada PAC

Hasan dilapor sebagai berkata Laporan Akhir Ketua Audit Negara terhadap 1MDB dijangka dibentangkan kepada pihaknya pada 17 Dis ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan memanggil Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin untuk memberi keterangan kepada PAC selepas mendengar Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.

Oleh yang demikian, katanya, laporan lengkap 1MDB dijangka siap sepenuhnya oleh PAC pada Mac 2016. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori