Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Malaysia Hadapi Tragedi MH370,...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata Malaysia mendepani tragedi berganda MH370...

Jangan Daftar Nama Dan...

PUTRAJAYA - Jangan letak maklumat seperti nama ‘Badang’, ‘Superman’ dan ‘Batman’ serta nombor telefon palsu ketika...

Sidang Kemuncak Luar ...

JAKARTA - Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bermula di sini,...

PAS Bakal Tumbang Di...

KOTA BHARU - Ketika ini kecoh di Kelantan apabila terdengar cakap politik 'kedai...

PAN Perak Bantah Tambang Bas Sekolah Naik

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Perak membantah cadangan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputera Perak untuk menaikkan harga tambang bas pada tahun hadapan.

Naib Ketuanya, Ahmad Shafiq Ariffin berkata, cadangan itu sangat tidak wajar memandangkan peningkatan kos kehidupan yang dialami orang ramai waktu ini.

“Namun, kami mengakui cadangan tersebut dilontarkan disebabkan kos penyelenggaraan bas meningkat dan bebanan tersebut terpaksa ditanggung oleh pengusaha bas.

“Dalam hal ini, Pemuda PAN Perak berharap kerajaan negeri bertanggungjawab serta mengambil perhatian serius seterusnya mencari alternatif terhadap bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha bas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Shafiq berkata, kerajaan antara lain disarankan memperuntukkan insentif khas kepada pengusaha bas yang berdaftar bagi mengelak mereka menaikkan harga tambang.

“Cubalah untuk mengelakkan daripada permasalahan ini dibebankan ke bahu para ibu-bapa yang sedang bergelut dengan kos kehidupan yang penuh mencabar ini,” katanya.


Media semalam melaporkan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputera Perak menegaskan tambang perkhidmatan bas sekolah di negeri itu mungkin dinaikkan sebanyak RM20 bermula tahun hadapan.

Pengerusinya, Ismail Yaacob dipetik berkata, bagaimanapun kenaikan itu terserah kepada pengusaha bas sendiri sama ada mahu mengikutinya ataupun membuat rundingan bersama ibu bapa.

“Kita kena akui, semua barangan sudah naik harga termasuk juga kos penyelengaraan bas. Kita jangkakan tahun hadapan akan naik RM20, tetapi kita serahkan budi bicara itu kepada pengusaha bas,” kata Ismail. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori