Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

2 Gadis Melayu Wakil...

RANCANGAN pencarian model peragaan Asia's Next Top Model (AsNTM) yang disiarkan menerusi saluran...

PRU14: Cabaran SPR Tangani...

KUALA TERENGGANU - Persepsi negatif sesetengah pihak terhadap ketelusan dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya...

PRU14: Johor Hampir Pasti...

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor telah bersedia untuk menumbangkan parti terbesar kaum Melayu...

55 Disaman Pasang Lampu...

Seremban : Demi kepuasan sendiri dan mahu kereta masing-masing kelihatan cantik, segelintir pemandu...

PAN Perak Mangsa Fitnah ‘Orang Kuat’ Naib Presiden PAS?

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) Perak mendakwa parti itu menjadi mangsa fitnah ‘orang kuat’ kepada Naib Presiden PAS, Idris Ahmad pada 25 Disember lalu bagi memburuk-burukkan imej parti Islam baharu tersebut.

Pengarah Komunikasi PAN Perak, Mohd. Rashidi Nasharuddin berkata, ‘orang kuat’ Idris yang dikenali sebagai Zack itu berpura-pura menyertai PAN Perak kelmarin dan kemudian mendakwa dia tidak pernah berbuat demikian selepas PAN Perak mengumumkan perkara itu.

Kata beliau, Idris turut mengambil kesempatan untuk mewar-warkan di media sosial kononnya PAN Perak berbohong kepada umum tentang ‘orang kuat’ beliau keluar PAS bagi menyertai PAN kelmarin.

“Kami mengakui kesilapan besar kami terlalu bersangka baik kepada beliau (Zack). Ini kerana kami meletakkan keyakinan beliau adalah seorang ahli parti Islam yang komited dan melalui tarbiah secara langsung dengan Idris iaitu salah seorang pimpinan yang berperanan besar mempelopori tarbiah PAS selama ini.

“Apakan daya, sifat berprasangka baik kami ini adalah kesilapan besar dan kini kami dianggap penipu dan menyebar perkara yang palsu. Berita ini juga telah menjadi perbualan hangat di laman sosial dan turut dimuat naik oleh Idris sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Mengulas isu berkenaan, Mohd. Rashidi mendakwa Zack hadir pada satu program turun padang Pemuda PAN Perak di Changkat Jering pada 25 Disember 2015.


Menurutnya, Pemuda PAN Perak mempelawa Zack menyertai parti itu dan dipersetujui `orang kuat’ Idris tersebut lalu dia menyerahkan borang keahlian yang masih belum diisi kepada Adun Changkat Jering, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai gimik keahlian.

Kata Mohd. Rashidi, Zack dengan penuh semangat turut menceritakan kepada ahli PAN dalam majlis tersebut tentang kekecewaannya terhadap PAS hingga membuatkan dia terdetik menyertai PAN.

“Tidak lama kemudian, kami menerima satu “screenshort” tentang penafiannya menyertai PAN. Dalam posting itu, dia menyangkal dengan nama Allah S.W.T menyertai Amanah. Dia mengatakan ia hanyalah borang kosong.

“Kami menghormati jika dia ingin kembali kepada PAS namun tindakannya menafikan hingga pihak kami dituduh menipu, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar,” katanya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori