Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

DUN Sabah Lulus Undi...

KOTA KINABALU - Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan...

Ketua Perisik Rusia Dakwa...

Moscow - Ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Kebangsaan (FSB) Russia, Alexander Bortnikov berkata semalam,...

Hello, Mohamad Sabu Ganti...

BUKAN senang menjadi orang nombor dua, sama ada dalam parti lebih-lebih lagi dalam...

Terbantut Nak Kahwin, Wang...

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang peniaga untuk berkahwin terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu...

PAN Rancang Perhimpunan Di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran di Istana Negara bagi membantah keputusan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015.

Setiausaha Agungnya, Mohd. Anuar Tahir berkata, perhimpunan yang bakal di sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mendesak campur tangan Majlis Raja-Raja untuk memastikan RUU tersebut tidak diwartakan sebagai undang-undang.

“PAN tidak boleh menerima apabila RUU MKN memperuntukkan bahawa Perdana Menteri mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia yang diganggu atau diancam dengan serius sebagai “kawasan keselamatan”.

“PAN mengajak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa, agama atau ideologi politik untuk sama-sama menentang RUU MKN,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Anuar berkata, Pemuda PAN akan turut membuat laporan polis secara besar-besaran bermula esok sebagai langkah awal penentangan kepada RUU MKN.


Katanya, pemimpin PAN di seluruh negara pula diarahkan menghantar memorandum bantahan tentang RUU MKN tersebut kepada sultan, raja atau Yang Di-pertua di negeri masing-masing.

Katanya lagi, Biro Undang-Undang PAN sedang mengkaji tindakan mahkamah bagi mencabar keabsahan RUU tersebut.

“PAN akan membuat road show ke seluruh negara bagi menyedarkan rakyat tentang kesan buruk RUU ini,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]UQWg-MUX1ik[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori