KUALA LUMPUR – “Dalam AMANAH (Parti Amanah Negara), kami tidak punyai masa untuk ‘backing‘ mana-mana pimpinan hatta presiden kami jika beliau tersalah langkah,” kata Pengarah Hubungan Antarabangsanya, Dr. Mohammad Tazli Azizan.
Kata beliau, semua pihak dalam parti itu perlu berhati-hati dalam segala tindak tanduk mereka atau mengeluarkan kenyataan kepada umum supaya ia tidak mengelirukan orang ramai.
“Semua bertanggungjawab atas diri masing-masing seperti mana ditekankan dalam Surah Al-Anam ayat 164,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mohammad Tazli berkata, mana-mana pihak dalam parti itu perlu menarik semula kenyataan atau membuat penerangan yang terperinci jika membuat kenyataan yang tidak dipersetujui masyarakat.
Beberapa pemimpin tertinggi PAN sebelum ini membuat beberapa kenyataan yang mengelirukan orang ramai dalam isu akidah dan undang-undang negara.
Situasi itu menyebabkan rasa kurang sedang sebahagian besar pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan memandangkan PAN salah sebuah parti gabungannya.
PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS Pro-Pakatan Rakyat yang disingkirkan pada pemilihan parti itu Jun lalu kerana dilihat terlalu tunduk kepada desakan DAP. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]FVxDN3C2bCw[/wpdevart_youtube]