Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Jangan Melompat Jika Tak...

KUALA LUMPUR - "Kita adalah makhluk berilmu, bertamadun dan matang. Dengarlah dahulu apa...

Warga Syria Maut Kereta...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Syria maut selepas kereta yang dipandunya terbabas...

Protes GST: Wan Azizah,...

HARI ini 2 April 2016 berlangsung konon secara ‘besar-besaran’ perhimpunan protes GST yang...

Ais Krim Istimewa Hidangan...

BANDAR BAHARU (Kedah) - Lemak dan berkrim. Tekstur dan rasanya seperti isi durian...

PAS Dedah Sebab Berkecuali Dalam Bajet 2016

KUALA LUMPUR – PAS mengesahkan Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada November lalu bakal memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, menyedari hakikat itu maka PAS mengambil sikap berkecuali dalam pengundian meluluskan bajet berkenaan di Parlimen baru-baru ini.

“Manakala bagi mengatasi perkara yang membebankan rakyat dalam Bajet 2016, PAS telah mengemukakan cadangan balas yang realistik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAS dikecam teruk oleh pemimpin dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) gara-gara mengambil sikap berkecuali ke atas Bajet 2016.

Mohd. Zuhdi dalam pada itu menegaskan, PAS menolak perancangan pihak tertentu untuk menumbangkan kerajaan melalui cara yang tidak lazim bagi sesebuah negara yang mengamalkan pilihan raya.


Tegasnya, PAS berpendirian kaedah itu akan menjerumuskan negara kepada ketidakstabilan yang berpanjangan.

Menurutnya, pendirian dan tindakan yang diambil PAS dalam isu-isu terbabit adalah untuk memenuhi hasrat dan kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan politik sesebuah parti politik atau tokoh politik tertentu.

“Oleh sebab itu, kebelakangan ini boleh diperhatikan ada pendirian dan tindakan PAS dilihat memihak kepada kerajaan,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori