Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kes Saman Fitnah LGE...

GEORGE TOWN - Kes saman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng...

Singapura Sedia Penempatan Untuk...

KUALA LUMPUR - Semua warga Malaysia yang bekerja di Singapura boleh terus bekerja...

Penemuan Kayu Balak Disyaki...

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telahpun mengeluarkan notis berhenti kerja kepada sebuah...

SPRM Siasat Syed Saddiq

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menjalankan siasatan berhubung kes...

PAS Minat Bertanding Lebih 10 Kerusi DUN Sarawak

MIRI – PAS memutuskan untuk bertanding lebih 10 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada pilihan raya negeri ke-11, termasuk kawasan DUN baharu yang diluluskan parlimen baru-baru ini.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, PAS Sarawak juga akan bertanding kawasan DUN yang biasa ditandingi DAP terutama sekali di kawasan bandar utama negeri ini.

“Antara kerusi yang bakal ditandingi ialah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang, Samariang, Pantai Damai, Jepak, Samalaju, Lambir, Senadin, Batu Kawa, Dudong dan beberapa kerusi lagi yang sedang dipertimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata PAS Sarawak sedia berunding dengan PKR sebagaimana keputusan PAS pusat untuk mengekalkan kerjasama politik dengan PKR.


Sebagai rekod, pada pilihan raya negeri ke-10, PAS bertanding lima kerusi DUN tetapi tewas semuanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]d63gZzlALXQ[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori