Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bung Moktar Letak Jawatan...

TIMBALAN Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan peletakan jawatan beliau...

Cuaca Buruk Berterusan Di...

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal berterusan sehingga...

UMNO Bersikap Terbuka Kerjasama...

GEORGETOWN - Umno Pulau Pulau Pinang mengambil sikap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan...

Tandas ‘Tersumbat’ Pesawat Terpaksa...

MANCHESTER - Satu penerbangan tertangguh selama lima jam selepas ia terpaksa dilencongkan ke...

PAS Persoal Rakan Tahaluf-PKR Membisu Isu Israel!

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus membisu dalam isu beberapa pemimpin DAP membantah langkah kerajaan Persekutuan melarang dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Malaysia baru-baru ini.

Situasi itu menyebabkan PAS mula mempersoalkan pendirian PKR tentang rejim Israel memandangkan PKR masih rakan tahaluf parti itu walaupun PAS tidak menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai PKR dan DAP.

Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, meskipun pemimpin DAP membuat keputusan menarik balik bantahan itu namun ia telah mengguris perasaan umat Islam negara ini.

“PAS Kuala Kangsar kesal terhadap rakan tahaluf PKR yang dilihat membisu diatas komentar yang telah dibuat oleh pemimpin DAP.

“Begitu juga gesaan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang cuba bermain ayat ‘kompromi profesional’ atas dasar sukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Raja Ahmad berkata, PKR perlu menyatakan pendirian parti itu kerana isu Palestin adalah isu universal dan bukan isu terpencil memandangkan kekejaman regim zionis Israel menjadi agenda keamanan sejagat.

“Kami kesal kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dari rakan tahaluf kami, PKR terhadap kenyataan DAP tersebut.

“Adakah PKR juga bersetuju dengan kenyataan sedemikian?” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]JeGRYKW_usw[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori