Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tan Sri Shafee Mengaku...

KUALA LUMPUR – Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa di Mahkamah...

Polis Halang Penyokong Parti...

KOTA BHARU: Polis mengesan dua kesalahan menerbangkan dron dan bermain alat muzik melibatkan...

Sukan SEA: Futsal Wanita...

SHAH ALAM - Skuad futsal wanita kebangsaan tetap optimis mampu menghadiahkan  pingat buat negara pada Sukan SEA...

Wajar Jadi Acara Tahunan...

KUANTAN - Penganjuran Kuantan Wedding Fashion Night (KWFN) yang diadakan julung kalinya semalam,...

Pasangan Suami Isteri Ditahan Disyaki Terlibat Mengedar Dadah

DUNGUN – Seorang wanita warga Thailand ditahan berikutan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM23,000 dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Kampung Gong Pasir, di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata serbuan dan penahanan yang dilakukan itu ekoran tangkapan ke atas suami suspek di bawah langkah-langkah pencegahan khas (LLPK).

“Kita juga telah melakukan serbuan dan menahan seorang wanita warga Thailand yang merupakan isteri kepada suspek pada petang itu juga di rumah sewa mereka.

Hasil pemeriksaan lanjut, kita menjumpai dadah dipercayai pil kuda dan syabu yang disorokkan dalam sebuah bilik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, pihaknya menemui enam plastik biru yang mengandungi 1,200 pil disyaki pil kuda bernilai RM18,000 yang dianggarkan seberat 117.65 gram.

Selain itu, turut ditemui bersama 10 paket mengandungi ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis syabu bernilai RM5,000.


Menurutnya lelaki warga tempatan yang berusia 25 tahun itu telah aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak empat tahun lalu dan pasangan itu juga baru berkahwin November lepas.

Jelasnya pihak polis tidak menolak kemungkinan bekalan itu diperoleh dari negara jiran dengan menggunakan isterinya yang berusia 26 tahun itu sebagai orang tengah bagi mendapatkan bekalan dadah berkenaan untuk edaran sekitar Dungun.

“Lelaki itu tidak mempunyai pekerjaan dan mempunyai banyak rekod lampau atas kesalahan dadah dan kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penglibatan isterinya dalam kegiatan ini sama ada terlibat secara langsung atau sebaliknya,” katanya.

Pasangan berkenaan ditahan reman sehingga 13 Disember ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori