Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mekanisme Bantu Pekebun Kecil...

JULAU (Sarawak) - Mekanisme bagi membantu pekebun kecil lada yang menghadapi masalah berikutan...

Najib Terima Surat Penghargaan...

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menerima surat penghargaan Masjid Al-Aqsa di...

N.Sembilan Catat Peratusan Tertinggi...

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mencatat peratusan tertinggi dalam pengesanan kes wabak...

Saya Selalu Berdoa Dia...

KUALA LUMPUR - Ibu penyanyi remaja, Ismail Izzani, Datin Suliza Salam sentiasa berdoa...

Pasangan Tua Dicekup ‘Bisnes’ Air Ketum RM5 Sebungkus

SELAMA – Sepasang suami isteri warga emas ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti penjualan dan pemprosesan air ketum di rumah mereka di Kampung Tengah, Rantau Panjang, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota BSJN melakukan serbuan ke rumah itu dan menahan pasangan suami isteri masing-masing berusia 65 dan 62 tahun ketika mereka berada di bahagian dapur.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, hasil pemeriksaan dijalankan di rumah itu, pihaknya menemui satu bungkusan plastik lutsinar yang diikat dengan gelang getah berisi cecair disyaki air ketum di atas lantai tempat kedua-dua suspek ditahan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut turut menjumpai satu tong plastik putih bertulis ‘Tong Sampah’ berisi daun rebusan yang dipercayai daun ketum di dalam bilik air rumah berkenaan.

“Kita merampas air ketum sebanyak 500 mililiter serta daun ketum seberat enam kilogram.

“Selain itu, dalam soal siasat dijalankan, mereka turut mengaku ada menanam pokok ketum di kawasan belakang rumah dan memasak air tersebut sebelum dijual kepada pelanggan dengan harga RM5 sebungkus.


“Kedua-dua suspek juga mengaku menjual air ketum kira-kira setahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek yang bekerja kampung dan isterinya dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Selama untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM10,000 atau penjara empat tahun atau kedua-duanya sekali. - SINAR HARIAN ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori